Header Ads

ads header

Flash News

MIER saran PKP dilanjut hingga 28 April


Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan satu lagi lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKK) selama 14 hari sehingga 28 April untuk memastikan Covid-19 sifar yang berkekalan di negara ini.

MIER membuat cadangan dalam satu ciapan di Twitter rasminya hari ini.

Hantaran dalam talian itu disertakan dengan petikan salinan analisis institut berkenaan mengenai trajektori pandemik tersebut, bertarikh Mac tahun ini.

Pengerusi MIER Dr Kamal Salih mengesahkan hantaran Twitter itu ketika dihubungi hari ini.



Menurut MIER, mereka membuat cadangan untuk melanjutkan PKP sehingga 28 April kerana berdasarkan unjuran bahawa peningkatan pesakit baru akan terus naik ke puncak sehingga 435 pesakit setiap hari pada hari ke-18 PKP iaitu pada 4 April.

Institut itu berkata bahawa unjurannya adalah kemungkinan puncak kes aktif di hospital akan menjadi 5,070 pada Hari ke- 6 PKP iaitu 12 April dan jumlah kes kumulatif maksimum ialah 8,957.

"Berdasarkan ini, lanjutan PKP minimum 14 hari hingga ke 14 April adalah untuk membenarkan tiada kes baru dilaporkan, atau maksimum 29 hari hingga 28 April untuk memasukkan tambahan 14 hari bagi memastikan persembahan kes sifar yang berkekalan," petik kenyataan itu.



Petikan itu menunjukkan dua carta dengan angka-angka terkini Covid-19 dan antara lain, kemungkinan jumlah yang lain.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan