Header Ads

ads header

Flash News

AS kurang bekalan perubatan, peralatan ketika kes lebih 100,000


NEW YORK: Doktor dan jururawat yang menjadi barisan hadapan Amerika Syarikat (AS) mendepani COVID-19, memerlukan lebih banyak pakaian perlindungan diri dan keperluan perubatan bagi merawat jumlah pesakit ramai yang kini melebihi 100,000 orang dengan 1,600 kematian.

Hospital sekitar New York, New Orleans, Detroit dan tempat lain sangat memerlukan tambahan ventilator, mesin oksigen berikutan jumlah pesakit yang menderita masalah pernafasan akibat penyakit berjangkit coronavirus.

Daripada 18,000 kes pada Jumaat, ia melonjak hingga 103,000 orang dalam tempoh satu hari, menjadikan AS paling tinggi jangkitan virus mengatasi China dan Itali.

Pegawai perubatan Hospital dan Pusat Perubatan Brookdale University di Brooklyn, Dr Arabia Mollette mengakui pihaknya bimbang dengan pandemik itu.

"Kami takut. Kami sedaya upaya menyelamatkan pesakit, namun terpaksa berjuang untuk nyawa kami, berikutan kami paling terdedah dengan risiko ini," katanya.

AS menduduki angka keenam kadar kematian tinggi dalam negara paling teruk dilanda COVID-19, dengan mencatatkan 1,632 korban sehingga semalam iaitu rekod kematian harian seramai 370 orang.

Seluruh dunia ketika ini, mencatatkan 593,000 kes dengan 27,198 kematian, seperti dilaporkan Pusat Sumber Johns Hopkins COVID-19.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump menggunakan pengaruhnya meminta General Motors Co untuk memulakan pembinaan bangunan ventilator.

Selain itu, AS meluluskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$2.2 trilion (RM9.52 trilion) pada Jumaat bagi memulihkan ekonomi dan rakyatnya termasuk menyalurkan bantuan tunai kepada perniagaan, pekerja yang terjejas kerana perintah berkurung. - Reuters




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan