Header Ads

ads header

Flash News

Bagi mereka yang degil dengan larangan keluar rumah


Korang2 yang keras kepala tolong tolong tolong ambik iktibar. Once korang didapati positif Covid-19, itulah KALI TERAKHIR korang dapat tengok & jumpa ahli keluarga korang.

Once kau dah kena kuarantin, jangan harap kau boleh jumpa anak, bini, ayah, mak, sedara-mara atau mana2 orang luar x kira yang rapat atau yang jauh.

Yang akan korang hadap tiap2 hari lepas tu cuma Doktor2, Nurse & pasukan perubatan. Kalau kau nk contact keluarga korang, memang boleh tp just melalui HP je lah.

Kalau nasib korang baik, sembuh dari jangkitan, Alhamdulillah, boleh balik jumpa keluarga, TAPI kena ingat, even korang dapat balik, korang still kena lalui self kuarantin dirumah selama 14 hari untuk pastikan korang betul2 sembuh & virus tu dah 100% x de dalam sistem badan korang.

Kalau nasib x baik, jangkitan makin teruk, warded, x tau la berapa lama korang duduk dalam wad hadap kakitangan perubatan 24 jam.

Kalau masuk ICU..? Pikir la sendiri.

The worst thing ialah kalau korang atau keluarga korang yang kena jangkitan mati.

Jenazah X BOLEH DIMANDIKAN. Hanya buat proses tayamum ATAS PLASTIK JENAZAH. X de sorang pun ahli keluarga dibenarkan untuk tengok jenazah. Nak peluk cium..? No way. X boleh sama sekali.

Kau agak apa rasa kau bila orang yang kau sayang meninggal, kau x boleh sempurnakan jenazah dia, kau x boleh tengok jenazah dia walau sesaat, kau x boleh sambut dia dalam liang lahad.

Kau cuma boleh TENGOK DARI JAUH.

Rasa teruja..? Pegi lah kluar jalan2, lepak2 x tentu hala. Kalau kau rasa mementingkan diri kau sendiri tu satu perbuatan bijak, saat kau disahkan kena jangkitan nanti kau kena tau, mulai dari saat tu, KAU AKAN KESEORANGAN SAMPAI MATI.

FB
Mohd Fauzi Mohd Azmi




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan