Header Ads

ads header

Flash News

Cerita pesakit yang disahkan positif COVID-19


Hello rakan2 semua..terlebih dahulu sy ingin memohon maaf sekiranya tak angkat call ataupun reply whatapps, bukan sombong tp sy mau masa bertenang utk diri sendiri buat masa ni. mgkn ada yg sudah tau atau masih tertanya2, ya mmg betul sy disahkan positif COVID-19 pada 19th March setelah menjalani ujian secara sukarela dua hari sebelum nya..(ujian kali kedua)..skrg sy masih di kuarantin di Hospital Tumpat Kota Bharu Kelantan.

Skrg ni kesihatan sy dlm keadaan yg baik, tdk lagi mengambil apa2 ubat dan tidak perlu bantuan pernafasan,malah sy boleh membuat senaman ringan seperti biasa. Boleh dikatakan sy sudahpun melepasi fasa kritikal.

Tujuan sy berkongsi di wall sy ni adalah bukan utk meraih simpati, niat saya adalah supaya smua rakan2 mengambil serius arahan2 yg dikeluarkan oleh kerajaan.

Tuan2 & puan2, virus covid 19 itu macam cinta, cinta buta..dia tdk mengenal siapa, sesiapa sj boleh kena jika dipandang ringan. Mcm kes sy, sy sendiri pun tak tahu dimana sya dijangkiti, boleh jadi di airport, dlm flight, di hotel atau dari mana2. So nasihat sya, duduk di rumah diam2 kalau tiada urusan penting.

Oleh sbb ada rakan2 yg tanya apa simptom2 yg ada pada sy ketika itu..jadi biarlah sy kongsikan disini..

Sy mula demam pada 1st March 2020. Suhu badan mencecah 38-39 deg C. Menggigil dan berpeluh, hilang selera makan.


3rd March 2020 turun ke KPJ Kota Bahru utk dapatkan rawatan..sy juga meminta utk di uji Covid 19, tp malangnya masa tu Kota Bharu belum ada test kit dan kriteria sy tdk memenuhi syarat utk di uji, salah satunya adalah sy tdk pernah ke luar negara yg terjebak.

Sy agak kecewa dan menegaskan kpd Dr bahawa sy tak pernah rasa demam seperti ini, kali ini mmg berlainan. Sy kembali ke rig pada 5th March 2020 dgn panadol dan antibiotik utk seminggu. Sy agak terkilan sbb diambil ujian darah sahaja, bukannya covid 19. masa tu nampak sgt negara kita tdk bersedia menghadapi covid 19.

Sesudah sampai di rig, pada hari yg sama badan sy demam panas sekali lagi. Sy makan panadol dan antibiotik seperti biasa.

Pada 7th March, sy mula batuk. Batuk kering dan tak berkahak, dan tak behingus. Sy teruskan dgn ubat dn antibitok. Sy tidur berjam-jam dlm bilik supaya ubat meresap sebaik nyak ke dalam badan. Sy bersyukur ada boss yg baik2 di rig yg membenarkan sy berehat mengikut keselesaan sya..(Tq Dave & Akhmad).

Pada 9th March, sy kehabisan ubat dan antibiotik. Tp badan semakin lemah, bernafas semakin sukar, badan sejuk sehinggakan sy terpaksa tidur di dalam tandas klinik pada malam 8th (disitu saja tmpt yg tiada AC).

Pada hari yg sama 9th March, Rig Medic yg bertugas telah berhubung dgn ISOS support dan mereka sebulat suara meminta Emergency Medivac. Sesampai sj helicopter didarat, sy terus dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu selama 4 hari...dirawat di wad biasa didiagnose lung infection..sy discharge dr hospital kerajaan pada 13th March, tiada lagi demam, cuma batuk sikit2. Masa ni sy belum lagi disahkan positif covid 19 disebabkan hospital enggan membuat ujian oleh kerana tdk memenuhi kriteria. Oleh yg demikian sy telah berbincang dgn Rig Manager dan pada hari yg sama yg telah pergi ke hospital swasta utk pemeriksaan. Keputusan ujian pertama adalah Negatif, sy diminta utk membuat ujian kali kedua pada 17th utk confirmation, dan keputusan ujian kedua adalah Positif..

Seperti yg telah sy katakan awal td, ya skrg sy sdng dikuarantin di hospital Tumpat sehingga ujian seterusnya pada Rabu depan. Jgn risau jgn panik, sy baik2 saja, kesihatan boleh dikatakan 99% sihat. cuma virus masih ada didalam badan. Seperti anda semua sedia maklum, tiada ubat spesifik, atau vaksin buat masa ini, jadi untuk badan kembali sihat adalah bergantung sepenuhnya pada ANTIBODY masing2..

Nasihat sy pada rakan2,
1. Elakkan xtvt yg boleh membuatkan anda demam (pikirlah sendiri), biarlah anda kekal sihat dlm tempoh mengekang covid 19 ini.
2. Jgn sebar berita yg tidak sahih, ini akan bikin panik dan boleh jadi bodoh secara tidak terkawal. (ini pun tiada ubat)
3. Dengar nasihat kerajaan dan pihak berkuasa.
4. Jgn balik kampung/rumah panjai.


ohya..mgkn ada yg tertanya2 tentang keluarga sya, semua anak2 dan isteri dlm keadaan yg baik dan sihat di kediaman kami di Miri. So selepas balik ni nanti, mmg sy bercadang utk camping di luar selama seminggu utk extra quarantine dr keluarga.. camping gear fullset and ready to go..tiada masalah..

Sekain terima kasih.

Dentonel Misa
9W8DTL@W91

#kekaltampan


MR :  Ada orang di sahkan negetif masih tak percaya...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Menteri ph hampas takdak sorangpun layak jadi menteri, dan Zul tu jadi dokto apa ek?
    Dia ingat yg covid merebak melalui sentuhan dan droplet macam tumpah kopi kena baju.
    Dia nih tak blajar science dan logik ker?
    Kalau kutu babi aka kutu angin yang dibawak oleh babi boleh tersebar melaui angin atau tiupan angin boleh menerbangkan kutu dibadan babi berterbangan dan hinggap dipersekitaran yg dekat, boleh singgah seketika dimana2 disitu dan boleh diterbangkan lagi oleh angin dan kalau hewan atau manusia melintas disitu samada tersentuh pada tempat kutu jatuh atau kutu diterbangkan maka ianya boleh hinggap pada yg lain itu jgk termasuk manusia.
    Dari segi definisi medics pembawa/penyebar kutu tersebut adalah babi bukan angin sebab babi adalah perumah (host).
    (Sila ambil perhatian tentang saiz kutu untuk perbandingan kemudian).

    Maka samalah juga dengan virus covid, hostnya adalah manusia yg dijangkiti, dan ianya boleh merebak dgn adanya droplets yg terkeluar dari manusia, yakni ada cairan air. Jarak lontaran pertama bergantung kpd contonya kekuatan batuk dsb, tapi ianya tidak berakhir disitu, faktor apergerakan angin boleh menentukan jarak. Angin bukan perumah bagi virus covid itu betul jadi ianya tidak diklasifikasikan oleh terma medics sebagai penyebar/pembawa.
    Akan tetapi dalam angin/udara pun ada air subtance yg diperlukan virus covid untuk survive,
    So mari kita tgk apa yg ada dalam udara.. tidakkah dlam kuantiti tertentu dalam udara ada Hidrogen (H) jgk ada Oxigen (O), dan hirogen + oksijen jadi Air (H+O=H2O). Nah virus dah ada tempat hinggap sementara samada beberapa jam atau boleh jadi berbelas hari sekiranya pembawa/pesakit ada dipersekitaran itu..
    Dan kalau nak tahu mcm mana air yg bergerak dlm kuatiti yg agak banyak tidak mudah jatuh tapi bergerak maka coba tgk kabus waktu pagi.
    Nah begitula fungsi angin/udara dalam berperanan menebarkan virus ini. Dan tentunya angin boleh menebarkanya lebih jauh dari kutu kerana faktor saiznya yg microscopic.
    Oleh yg demikian itulah faktor yg diambilkira oleh tentera kerajaan china yg telah membuat semburan keudara diseluruh penempatan dan bandar dengan lori2 dan berskala besar, selain semburan manual petugas2 dgn menggukan penyembur galas terutamanya tempat yg terselindung.
    Dan oleh kerana virus tersebut diperkirakan tidak replicate bertambah jumlah semasa dalm udara maka ianya dikelaskan bukan pembawa/penyebar.
    Macam kereta yg membawa pesakit la, walaupun ada orang terjangkit keran berada dlm kereta sbb virus ada didalamnya, kereta tidak dikelaskan sbg penyebar virus.

    Nah oleh kerana team zukifli tidak melihat perkara simple, comonsense & logik ini maka dia cuma melihat pada pesakit sahaja, alpa pada persekitaran yg telah berkemunkinan bertebaran dgn virus.
    Juga dia gagal memahami cara biakkembang virus ini seperti bab dormantnya, jangka mula menyerang 'perumah (host)' dan lain2 lagi.
    Jadi apa yg dikatakan gelombang pertama yg dapat dikawal tersebut cumalah tertumpu pada pesakit yg dikenal pasti sahaja, manakala pesakit yg belum dikenal pasti dan yg telah dijangkiti tapi belum menunjukan tanda2 tiada dalam permerhatian dia. Dan contoh pesakit/pembawa sedemikian termasuklah MP yg bersama2 dgn dia sewaktu berkumpul untuk tandatangan SD dan/atau ke Istana Negara.

    Melihat faktor mudah diatas oleh yg demikian beliau bukan sahaja telah gagal sebagai menteri kesihatan, malah tidak peka kpd kemunkinan dan lalai dlm tanggungjawab sepertimana menteri2 lain dlm kabinet disertainya.

    Peace.

    BalasPadam
  2. Penyakit covid-19 memang menakutkan kerana ia boleh membawa maut. Kini, negara kita masih dalam fasa PKPP tapi Alhamdulillah kes baru yang dilaporkan setiap hari sudah semakin kurang dengan ketara. Harapannya negara kita cepat-cepatlah bebas dari wabak ini sedikit masa lagi.

    Saya doakan Tuan terus sihat hendaknya ya :)

    BalasPadam