Header Ads

ads header

Flash News

Pesakit disyaki positif Covid-19, hospital Pantai Laguna Merbok ditutup 2 hari


PETALING JAYA: Hospital Pantai Laguna Merbok, Kedah ditutup mulai esok sehingga 23 Mac depan, berikutan seorang pesakitnya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan dijangkiti Covid-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, hospital swasta itu berkata, wanita warga tempatan berusia 30 tahun itu hadir ke hospital untuk rawatan bersalin.

“Dia didapati mengalami demam selepas melahirkan anak.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu tinggal bersama ahli keluarga yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur serta diuji positif Covid-19,” katanya.

Hospital terbabit berkata, mangsa sebelum ini tidak memberi maklumat semasa proses pemeriksaan di hospital itu dan dirawat mengikut prosedur biasa.

Pesakit itu kini dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Penutupan hospital adalah bagi proses pembersihan dan pembasmian kuman.

“Kesemua kakitangan yang bersentuhan dengan pesakit dikenal pasti dan mereka diletak di bawah kuarantin serta diuji negatif bagi Covid-19.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak hospital memutuskan untuk membenarkan semua pesakit pulang sepanjang tempoh premis itu ditutup selepas mendapat nasihat daripada perunding masing-masing,” katanya.

Perkhidmatan klinikal akan disambung semula pada 24 Mac dan pesakit boleh meneruskan rancangan untuk mendapatkan rawatan seperti biasa.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan