Header Ads

ads header

Flash News

Benarkah Makcik Kiah tertipu? – Lelaki ini ‘sekolahkan’ Kadir Jasin


Rasa nak jawab Kadir Jasin  ni.  Sebelum tu, apa perlu kita faham ini dinamakan sebagai stimulus package, bukan belanjawan!
  1. Duit dalam perbendaharaan negara itu semua duit rakyat. Bila duit rakyat kenalah sampai kepada rakyat ketika rakyat susah.
  2. Ye betul, kerajaan hanya suntik sekitar RM25 bilion, tapi baki stimulus seperti pengecualian KWSP & penangguhan hutang menyebabkan aliran tunai meningkat. Orang boleh berbelanja, secara tak lansung bantu IKS sebaik sahaja PKP selesai, orang belanja duit maka ekonomi kembali rancak.
  3. Benda ni juga ada dalam pakej stimulus yang diumumkan Tun M sebelum ini, potong EPF dari 11% ke 8%. Apakah itu bukan duit rakyat juga? Kita semua sedang struggle dengan COVID19. Ekonomi kita teruk. Hilang kerja, hilang bisnes dan hilang sumber pendapatan.
  4. Kalau Kerajaan tak bantu, pada siapa lagi kita nak berharap? Suntikan dana dalam pakej rangsangan ekonomi bukan belanjawan. Tak boleh kita nak ukur ia hanya dengan berapa jumlah duit yang Kerajaan suntik.
  5. Amerika, Singapura, dan semua negara yang lain pun ada pakej rangsangan masing-masing untuk bantu rakyat mereka sendiri. Kerajaan berusaha nak bantu kita hadapi kesusahan ini sama-sama.
  6. Dan tak ada sekali pun PM cakap kita ni tak ada duit, jadi kena berjimat cermat. Tak boleh bagi duit sesuka hati. Tak ada sekali pun Menteri Kewangan kata duit kita dah kena curi, jadi kena jimat-cermat.
  7. Kita tidak disuruh buat 2 kerja, tak dituduh malas, dan tak disuruh ikat perut sebab Kerajaan tak ada duit. Kerajaan hari ini tak pula hina kita sesuka hati, sebaliknya bantu kita. Kerajaan tak bagi banyak alasan ulang-ulang sampai kiamat, sebaliknya umum hulurkan tangan.
  8. Makcik Kiah goreng pisang tak perlu nak keluar pagi balik malam untuk tengok berita dengan headline “Orang Melayu malas. Kena buat 2 kerja. Kena ikat perut.” Paling penting sekarang, adalah untuk survival rakyat! Menyelamatkan rakyat. Semoga Malaysia segera pulih dari COVID19. – Buletin TTKM
Muhammad HafizRayyan




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan