Header Ads

ads header

Flash News

Pasar di P Pinang ditutup kerana pembeli ingkar jarak sosial


GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup operasi Kompleks Sri Aman di Paya Terubong dekat sini berkuat kuasa hari ini selepas pengunjung gagal mematuhi jarak sosial di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

MBPP dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius ketidakpatuhan itu dan mengambil langkah serta-merta menutup pasar berkenaan.

“MBPP akan terus memantau aktiviti perniagaan di bahagian pulau dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pasar, pasar raya dan premis perniagaan yang tidak mematuhi PKP.”

Sejak semalam, tersebar di media sosial kehadiran orang ramai di pasar itu dan pengunjungnya dilihat tidak mematuhi jarak sosial ketika membeli barang keperluan dan berkumpul untuk bersembang.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Malaysiakinimtak masuk berita di negeri DAP.Kalu Kelantan cepat jah canang berita. Sehingga kini tiada pasar di Kelantan di tutup

    BalasPadam