Header Ads

Header ADS

Najib Razak Bogelkan Anwar Ibrahim



Biar saya jawab ulasan bakal PM5/6/7/8/9 petang tadi tentang pakej rangsangan ekonomi yang diumum PM8.

Kerajaan PN tak payah jawab. Biar saya jawab.

Menteri-menteri PN teruskan buat kerja yang sepatutnya dalam tempoh PKP ini.

Ulasan bakal PM5/6/7/8/9 boleh diringkaskan begini

1. Adakah negara kita cukup duit untuk pakej rangsangan ekonomi?

Jawapan saya: Cukup. Kalau tak cukup, mereka tak akan umum kerana mereka perlu bayar.
Bila tak cukup, kerajaan masih ada ruang besar untuk meminjam kerana jumlah kekayaan atau “liquidity” dalam negara masih tinggi.
Masa kita tidak ada krisis, jika kerajaan PH mampu pinjam RM140 bilion dan jarah RM104 bilion dari Rizab Petronas serta jual aset negara sebanyak RM40 bilion tetapi ekonomi kita tak hancur (kerana PN ambil alih kerajaan), apa salahnya kerajaan PH belanja RM22 bilion serta memberi suntikan RM250 bilion melalui pelbagai cara lain untuk mendepani krisis ini apatah lagi ia benar-benar untuk rakyat dan negara?

Ianya juga tidak bermakna jika penarafan kredit negara diturunkan penarafan akibat pakej rangsangan ekonomi ini kerana penarafan negara dunia lain juga diturunkan.

Sebab itu, saya tak tengok syarikat penarafan kredit antarabangsa akan menurunkan penarafan kredit kita pada keadaan luar biasa yang melanda seluruh dunia seperti kini.

2. Apakah akan terjadi apabila bantuan dari pakej rangsangan habis dibayar. Sebab itu, kita patut berdebat dua hari dalam Parlimen.

Jawapan saya: Bakal PM5/6/7/8/9 perlu faham bahawa cabaran kali ini adalah amat luar biasa dan unprecedented.
Biasanya, kemelesetan ekonomi disebabkan oleh permintaan yang turun. Kali ini, kedua-dua permintaan (demand) dan bekalan (supply) menjunam. Bukan hanya di Malaysia tetapi di hampir seluruh dunia.

Tambahannya ialah ramai rakyat dari golongan pendapatan rendah sudah hampir tiada wang untuk beli makanan dan barangan asas kerana sebulan tidak dapat bekerja.

Sebab itu, kita mesti bertindak pantas. Kita beri keutamaan untuk memberi bantuan segera kepada seramai rakyat kita bagi membantu mereka serta memulihkan permintaan.

Kita suntik wang dalam ekonomi supaya permintaan dalam ekonomi boleh memulih dan Rakyat mampu membeli semula. Dan ini sendiri akan menggerakkan ekonomi domestik.

Apabila ini berlaku, pembekal dan perniagaan juga mendapat suntikan apabila Rakyat membeli semula.

Dan apabila perniagaan jalan dan perolehan stabil, mereka tidak akan mengurangkan pekerja mereka dan mereka lebih cenderung untuk menambah pekerja jika perlu. Dan pekerja pula akan dapat gaji dan mereka juga akan berbelanja.

Dengan itu, bekalan (supply) juga akan mula pulih.

Sebab itu, keutamaan sekarang ialah kelajuan dan kecekapan kerajaan untuk menyalurkan dan melaksanakan segala bantuan yang diumumkan.

Itulah priority. Kerajaan buat dulu.

Jangan perlambatkan usaha ini dengan menuntut debat 2 hari dalam parlimen (2 dari ahli parlimen anda sudah positif Covid dan ramai lagi yang disuruh kuarantin. Korang jangan nak jangkitkan kita pulak).

Lagipun dalam masa kritikal ini, ianya lebih baik untuk tersalah bayar dua orang yang tidak patut dibayar berbanding gagal membantu seorang yang amat memerlukannya sekarang.

Jika ada salah laku dalam pakej rangsangan ini, korang boleh bangkitkan apabila sesi parliamen berlangsung semula pada bulan Mei. Dan kita berdoa agar negara kita pulih sepenuhnya menjelang Mei ini.

3. Adakah bantuan kerajaan kepada SME patut ditambah baik?

Saya setuju bahawa kerajaan masih mampu memberi lebih banyak bantuan kepada SME.
Namun, pakej bantuan tambahan kepada SME boleh diumumkan kemudian. Ia tak bermakna ia terhenti setakat itu sahaja. Kerajaan masih ada upaya dan kemampuan.

Tiada siapa kata pakej-pakej rangsangan ekonomi tambahan tidak boleh dilaksanakan kemudian atau terhenti setakat itu sahaja.

Saya percaya kerajaan PN juga sedar. Biarlah mereka rancang bantuan tambahan dan umumkan bagi SME nanti.

Tapi jangan kacau pakej rangsangan yang sudah diumumkan semalam. Sebaliknya, anda perlu menyokong segala usaha kerajaan terutama barisan hadapan dalam mengemudi dan mendepani wabak serius ini.




MR :  Najib engkau jangan bogelkan habis, sikit-sikit cukuplah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. 3 ekor ph ni dia dok bakar rakyat pru15 ni pasti rakyat bakar sampai rentung itulah nasib mahluk paling jahat yang pernah lahir dibumi malaysia.percayalah

    BalasPadam
  2. Biarlah berbalas hujah di parlimen.
    Kecuali lah bila institusi parlimen diturunkan kepada paras tak perlu perbahasan.
    anwar, lge adalah bekas menteri kewangan .
    Begitu juga Tun.

    Tugas najib sekarang jawab & berhujah lah kat mahkamah.

    Sebijak apapun kamu dah tak ada apa2 makna..
    Muhyidin kalau dia boleh bercakap pasti dia kata "kamu najib dah makan obat ke? " penyakit meroyan kamu dah tahap 4.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia nak ganti TSMY nanti lepas PRU ke 15...

      Padam
    2. Biar najib jawab kan dari kamu tu yg bebal tak tau apa..jgn dengki lg kawan..najib terbaik..

      Padam
    3. Aku merasa kesihan melihat kebodohan berlapis-lapis puak RBA dan barua ternakan PeeH sibuk mahu perbahasan di parlimen sedangkan sekarang adalah waktu darurat kerana wabak covid-19 ini yang memerlukan tindakan serta merta kerajaan PN untuk menolong rakyat dan mengawal dan menghapuskan emwabaj covid-19.

      Puak PeeH lebih mementingkan agenda peribadi mereka mengejar kuasa bukan kebajikan rakyat.
      Maka Kita tidak akan terkejut jika PeeH kalah teruk dalam PRU Yang Akan datang.

      Padam
  3. Bila penyamun nak tunjuk pandai,ibarat ketam nak ajar anak berjalan,cakap depan dato sri anwar la,cakap belakang boleh la. Wawancara Sama wartawan barat pun lari bila ditanya.. Pengecut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah tanda2 akhir zaman.
      Penzalim dihormati
      Perompak di hargai.
      Pembohong dijulang.
      Pengkhianat dianggap penyelamat

      Manusia tak mahu memgambil
      iktibar dgn bala covid19.

      Padam
    2. Inilah tanda2 akhir PeeH

      Penzalim dihormati oleh RBA DA-Pigs.
      Perompak dihargai oleh RBA DA-Pigs.
      Pembohong dijulang oleh RBA DA-Pigs.
      Pengkhianat dianggap penyelamat oleh RBA DA-Pigs.

      RBA ternakan DA-Pigs tak mahu memgambil iktibar dgn bala covid19. Siang Dan Malam kencing rakyat.

      Padam
  4. Kenapa muka kak mah dah tak secantik dahulu... Engkau tak urus dia kah jib... Baik koe urus kak mah dan kes kes kamu tu.. Tak yah dulu sebok hal2 kerajaan.. TSMY tahu juga atur ni kerajaan skrng.. Koe tak payah menyembok... Mau jadi hero konon

    BalasPadam
  5. Subhanallah... guano mat najib la ni. Dah x sanggup lg kau nak bogelkan rosmah ko? Ingat la najib walaaun dok skodeng tu.

    BalasPadam
  6. Suruh le Rosmah tu pakai tudung..Jib..tutup aurat dah tua2 ni..

    BalasPadam
  7. Cukup2 berpolitik masa ni. Tunpukan masaalah negara dan rakyat. Buatlah macam PM kita buat. Aman negara.





    BalasPadam
  8. PPP tak layak bersuara anda layak bersuara dimahkamah ni di mahkamah semua tak tahu

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.