Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu sokong siapa sahaja yang dilantik Ketua Menteri Melaka


KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyokong sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Isnin Ini.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, rakyat mahu kemelut politik yang berlaku di negara dan Negeri Melaka dihentikan segera dan tidak berpanjangan.

Menurutnya, tumpuan kerajaan harus diberikan kepada isu-isu berkaitan pembangunan ekonomi rakyat, penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani krisis air yang menjejaskan kehidupan rakyat dan sektor perindustrian dan pelaburan, kesihatan rakyat termasuk langkah pencegahan penularan koronavirus, kebajikan dan pendidikan rakyat.

“Bersatu Melaka berharap agar semua ahli, penyokong Bersatu dan rakyat Melaka dapat bertenang dan Bersatu Melaka yakin pentadbiran kerajaan akan berjalan dengan lebih teratur dan lancar sebaik urusan pelantikan Ketua Menteri Melaka dan barisan Exco kerajaan negeri selesai minggu hadapan.

”Bersatu Melaka komited ke arah memperkukuhkan gabungan politik baharu Perikatan Nasional (Bersatu, BN & Pas) seperti mana yang telah dipersetujui bersama kepimpinan tertinggi parti bagi membentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada 2 Mac lalu, Mohd Khalil telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

Susulan itu, BN dan Bersatu dikatakan telah mengemukakan calon masing-masing untuk menggantikan Adly.

Bersatu telah mencalonkan Mohd Rafiq yang juga Ahli Dewan Undangan Paya Rumput.- MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan