Bicara ditangguh, Zahid diperlukan untuk perbincangan pembentukan kabinet
Perbicaraan mahkamah membabitkan Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan hari ini bagi memberi ruang kepadanya berbincang dengan perdana menteri, Muhyiddin Yassin untuk urusan pembentukan kabinet baru.
Permohonan itu dibuat oleh pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menurut peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik, anak guamnya itu “diperlukan” untuk perbincangan bersama perdana menteri.
“Tertuduh akan (terlibat) dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan kabinet hari ini. Jadi, kami meminta mahkamah membenarkan penangguhan untuk prosiding hari ini.
“Kehadirannya diperlukan [...],” katanya.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan tersebut, dan kes akan bersambung esok hari.
Ahmad Zahid berdepan 47 tuduhan, membabitkan 12 kes pecah amanah, 27 kes pengubahan wang haram dan lapan kes rasuah.
Ahmad Zahid didakwa pecah amanah terhadap RM31 juta dana Yayasan Akalbudi, menerima rasuah sejumlah RM21.25 juta, dan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM65 juta, dan dengan wang itu turut membeli dua unit banglo bernilai RM5.9 juta.
Setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 38 saksi untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, dalam perbicaraan yang masuk hari ke-18.
Pasukan pendakwaan diketuai Raja Rozela Raja Toran, bersama Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Lee Keng Fatt, Gan Peng Kun, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Mohd Afif Ali.
Pasukan pembelaan pula diketuai Hisyam Teh Poh Teik bersama Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh, Rosal Azimin Ahmad, Haziq Dhiyauddin Razali dan Aiman Abdul Rahman.
MR : Sebagai ketua dia boleh bincang, tapi bukan dia ada sekali seperti fitnah tersebar..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan