Header Ads

ads header

Flash News

Hari pertama kes Najib di bawah PM baru


Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana dari SRC International Sdn Bhd memasuki hari 85 hari ini di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Perbicaraan pagi ini merupakan yang pertama selepas pertukaran perdana menteri.

9.40 pagi: Perbicaraan bermula sedikit lewat pagi ini kerana peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah terpaksa menghadiri dua prosiding mahkamah yang berasingan.

Yang pertama, di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muhammad Jamil Hussin, berhubung kes RM9.5 juta wang haram melibatkan Shafee.

Yang kedua adalah sebutan kes RM2.28 bilion 1MDB melibatkan Najib di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
10.08 pagi: Najib masuk kandang saksi dan perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula.

10.15 pagi: Prosiding ditangguhkan ke pukul 2.30 petang petang ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan oleh DPP V Sithambaram.

Mahkamah diberitahu bahawa ini adalah kerana saksi kesembilan pembelaan, Penolong Pesuruhjaya SPRM, Mohd Nasharudin Amir, hanya boleh mendapatkan dokumentasi yang relevan sekitar selepas tengah hari ini.

Dokumen-dokumen berkaitan diperlukan untuk Nasharudin rujuk dalam pemeriksaan balas oleh Sithambaram berhubung keberadaan Najib pada 11 Januari 2010.

Sithambaram sedang berusaha untuk semak balas Nasharudin sama ada pada 11 Januari 2010, Najib yang merupakan perdana menteri ketika itu dalam pertemuan tidak rasmi dengan pemerintah Saudi ketika itu Raja Abdullah di Riyadh, atau sama ada Najib menghadiri pelancaran ibu pejabat korporat 1MDB di Kuala Lumpur, Malaysia .



MR :  Harap kerajaan baharu biarkan Mahkamah menentukan keputusan serta nasib Najib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan