Sudah…sudahlah, beri peluang PM baharu buktikan
SIAPA pun yang menerajui kerajaan, kehidupan ini mesti diteruskan. Life must go on, orang putih kata. Sudah tentu rakyat mahukan keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Justeru, kurangkan berpolitik. Bekerjalah dengan penuh ikhlas dan integriti yang tinggi, agar rakyat sejahtera.
Percayalah, rakyat sedang memerhatikan kamu, jika kamu buat silap lagi, tidak mustahil, kamu akan jatuh kembali. Berhati-hatilah.
Kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi
Terimalah hakikat bahawa Allah masih memberikan peluang, tidak mahu PH melakukan kerosakan yang lebih teruk lagi
Sekalung tahniah kepada Perdana Menteri (PM) yang baharu. Allah izinkan semua ini berlaku agar negara ini dapat diselamatkan daripada kejahatan ultra kiasu. Sebab itu, saya sokong sepenuhnya perlantikan TSMY sebagai PM. Rahmat Allah untuk rakyat Malaysia.
Logiknya, apa yang lagi TSMY mahu, melainkan menyelamatkan kepentingan agama, bangsa dan negara
Selaku orang yang mempunyai berpengalaman luas, sama ada peringkat negeri, mahupun pusat, apa yang TSMY mahu lagi? Saya tidak fikir Muhyidin terlalu kemarukkan jawatan Perdana Menteri, jika bukan kerana ada tugas besar yang perlu digalas.
Tanggungjawab terpaksa digalas atas nama Islam. Jika tidak, saya tidak fikir TSMY sanggup menerimanya, dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Tetapi kerana sayangkan agama, bangsa dan negara daripada terus dirobek-robekkan ultra kiasu, TSMY tidak ada pilihan lain, melainkan bertindak cepat, sebelum kerosakan menjadi lebih parah
Sebab itu, saya amat berharap, menteri-menteri yang akan dilantik nanti, dapat meringankan beban PM, bukan menjadi beban kepada PM. Bersatu hatilah untuk menjayakan Malaysia tercinta ini
Apa yang perlu dilakukan?
Pertama, sesiapapun yang dilantik memegang jawatan, jadilah menteri dan wakil rakyat yang berintegriti. Bekerja untuk rakyat, selaras dengan nama wakil rakyat. Jangan khianati amanah rakyat.
Justeru, pastikan siapa menteri dan timbalan yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang bersih latar belakangnya. Jangan angkat lagi pemimpin yang mempunyai masalah integriti dan skandal memegang jawatan dalam kabinet. Pastikan kabinet kali ini, kabinet bersih.
Kedua, benteras rasuah hingga ke akar umbi. Hukum mereka yang terlibat rasuah dengan hukuman yang berat. Tidak kira siapapun melakukannya sama ada di dalam atau di luar parti.
Jangan ulangi lagi kesilapan masa lalu, daripada ketua kampung, penghulu, ketua cawangan ketua bahagian dan lain-lain, pastikan mereka bukan dalam kalangan yang merebut projek untuk penuhkan poket. Tetapi bekerja untuk rakyat.
Ketiga, jagalah Islam daripada dirobek ultra kiasu, termasuk MCA, jika adalah calon MCA yang dilantik menjadi menteri.
Dari dahulu saya dah kata, orang Cina tidak akan rugi sedikit, siapapun yang menerajui kerajaan. Perjuangan tidak banyak beza.
MCA kalah, pun menang, MCA menang, lagilah menang.
Pastinya dua Ahli Parlimen MCA akan dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. MIC usahlah cerita. Sudah tentu dapat habuan mereka.
Ingatan saya, lantikan mesti sesuai dengan kerusi Parlimen yang mereka ada. Jangan beri lebih. Menang sikit, dapat pun sikit. Baharu adil. Lagipun mereka menang dengan ihsan undi Melayu.
Mereka yang bukan wakil rakyat daripada kalangan MCA, MIC, juga Gerakan, jangan lantik mereka menjadi senator untuk dilantik sebagai menteri. Buktikan kemampuan mereka ini dalam PRU 15 nanti, baru nilai semula.
Cukuplah dengan apa yang mereka untuk dilantik sebagai menteri. Itupun sudah terlebih kuota diberikan, jika hanya satu dua yang menang, semua dapat jawatan menteri, itu sudah terlebih adil. Ambil pengajaran daripada kebobrokan ultra kiasu.
Percayalah, jika ramai pun orang Islam dan Bumpitera dalam Kabinet, hak-hak bukan Melayu pasti akan terjamin kerana Islam tidak membenarkan sama sekali, kita menganiaya minoriti. Ini prinsip asas.
Saya pernah berkata dalam wacana Sinar Harian enam bulan lalu, bahawa tidak mustahil kerajaan selepas ini akan terdiri daripada orang Islam dan Bumiputera sahaja, jika orang bukan Melayu terlalu ultra kiasu. Tidak pernah sedar dek untung.
Hari ini, ternyata sudah kebenarannya.
Sebab itu, jangan marah jika jawatan menteri selepas ini tidak banyak diberikan kepada Cina dan India.
Syor saya, berikanlah lebih jawatan menteri dan timbalan kepada wakil rakyat daripada Sabah dan Sarawak. Bumiputera Sabah dan Sarawak lebih layak untuk mendapatkan lebih jawatan menteri dan timbalan. Bukan MCA atau MIC, walaupun kedua parti ini juga patut diraikan.
Jika MCA masih lagi berdegil, terus tekan kerajaan mengiktiraf UEC, tendang sahaja ultra kiasu yang tidak berguna ini.
Saya lihat yang menjadi ‘king maker’ dalam menentukan peralihan kuasa hari ini, adalah parti-parti politik Bumiputera daripada Sabah dan Sarawak serta PAS. Justeru, jangan sakiti mereka lagi. Bekerjalah untuk rakyat demi Allah SWT.
Percayalah, jatuhnya PH daripada kerajaan sebelum ini adalah disebabkan ketidakupayaan dan kelonglaian mereka berhadapan dengan ultra kiasu. Ultra kiasu terlalu berkuasa sehingga rakyat cukup merasa meluat.
Jika tidak percaya, buatlah PRU sekarang, saya amat yakin, jika Allah izinkan, ultra kiasu akan tersungkur. Sebab itu, kepada ultra kiasu, fikir dua tiga kali sebelum mahukan untuk jatuhkan PM baharu.
Jika PRU berlaku dalam jangkamasa terdekat, tunggulah keputusannya nanti. Saya begitu teruja menanti pembukaan persidangan parlimen tidak lama lagi.
Keempat, jawatan-jawatan strategik dalam perkhidmatan awam yang dipegang ultra kiasu hendaklah dikaji semula dalam jangka masa terdekat. Terutama, jawatan speaker Dewan Rakyat dan berkaitan. Begitu juga jawatan-jawatan strategi lain dalam perkhidmatan awam dan agensi berkaitan kerajaan (GLC).
Jika ketika ultra kiasu memerintah, mereka berjaya membersihkan. Kenapa kerajaan hari ini perlu simpan, kecualilah mereka yang tidak ultra kiasu.
Mereka yang menjadi duri dalam daging, hendaklah segera ‘dibersarakan’ supaya mereka tidak menimbulkan masalah dan berlaku pengkhianatan
Kelima, jangan lupa dengan NGO dan individu yang telah bertungkus lumus dan berpenat lelah untuk memastikan Perikatan Nasional berada dalam tampok kekuasaan.
Tanpa mereka, yang bangunkan menyedarkan rakyat, mana mungkin, sebahagiannya boleh sedar. Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan kebangkitan ini berlaku.
Kepada elit-elit politk yang kini telah menjadi pembangkang dan juga orang-orang IKRAM, insaflah kamu. Janganlah lakukan lagi proses pengikraman, tetapi kan lakukan proses pengrakyatan. Bukankah senjata sudah makan tuan?
Tidak ada masalah dengan proses pengikraman, jika kamu merakyat dan mampu berhadapan dengan ultra kiasu. Tetapi kamu cair dan tenggelam dalam arus ultra kiasu. Islam dan Melayu menjadi bahan sendaan ultra kiasu.
Inilah akibatnya, apabila sifat mujahid menjadi mujahat, terima balasannya.
Sebagai penutup, terimalah seloka saya buat semua
Bila harapan tinggal harapan
Dahulu aku dah kata
Jaga Islam, Melayu dan bumiputera
Tetapi kamu tidak percaya
Rasakan akibatnya
Jaga Islam, Melayu dan bumiputera
Tetapi kamu tidak percaya
Rasakan akibatnya
Kamu jaga ultra kiasu
Akhirnya kamu lesu
Tersungkur layu
Pencen tak dapat, duduk melengu
Akhirnya kamu lesu
Tersungkur layu
Pencen tak dapat, duduk melengu
Dulu masa kamu berkuasa
Bukan main lagi lagaknya
Kau buang orang yang berlawanan
Kau buang mereka yang tidak sefahaman
Bukan main lagi lagaknya
Kau buang orang yang berlawanan
Kau buang mereka yang tidak sefahaman
Kau siksa mereka
Kau kata mereka
Kau sindir mereka
Seolah-olah mereka tidak berguna
Kau kata mereka
Kau sindir mereka
Seolah-olah mereka tidak berguna
Kau lantik semua kroni kamu
Kamu ingat kamu boleh menongkat dunia
Tuhan Maha Kuasa
Sekelip mata hilang kuasa
Kamu ingat kamu boleh menongkat dunia
Tuhan Maha Kuasa
Sekelip mata hilang kuasa
Kini apa yang kamu ada
Menangis tidak ada guna
Kawan-kawan mula menjauh
Kerana tidak ada tempat berteduh
Menangis tidak ada guna
Kawan-kawan mula menjauh
Kerana tidak ada tempat berteduh
Kepada tokeh-tokeh ultra kiasu
Dahulu kamu kritik Dasar Ekonomi Baharu
Sekarang baru kamu tahu
Nak minta projek muka tak malu
Nak bodek orang tahu
Tak siapa dapat membantu
Dahulu kamu kritik Dasar Ekonomi Baharu
Sekarang baru kamu tahu
Nak minta projek muka tak malu
Nak bodek orang tahu
Tak siapa dapat membantu
Kepada orang Islam, bumiputera dan Melayu
Jangan lagi berseteru
Jika tak mahu jatuh kepada ultra kiasu
Kecuali jika kamu bersatu
Jangan lagi berseteru
Jika tak mahu jatuh kepada ultra kiasu
Kecuali jika kamu bersatu
Percayalah, peluang ini tak datang selalu
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan