Header Ads

ads header

Flash News

BN dah hantar nama untuk kabinet beberapa hari lalu


Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan parti itu menyasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lepas untuk memilih individu yang benar-benar layak bagi mengisi jawatan dalam kabinet.

"Bagaimanapun, itu adalah budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik setelah mengambil kira beberapa pertimbangan mengikut senarai yang diputuskan oleh Umno dan BN," katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi, di Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, dalam ucapan khas Perdana Menteri bertajuk 'Rayuan Kepada Rakyat Malaysia', Muhyiddin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

- Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan