Header Ads

ads header

Flash News

Umno tak perlu pertahankan saya lagi’, luah Najib


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan apabila meminta Umno supaya tidak lagi mempertahankan dirinya daripada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Najib menerusi Facebooknya berkata, melalui perbicaraan yang adil, beliau yakin dapat mempertahankan dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat.

"Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

"Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno. Tidak adil untuk Umno menanggung beban ini," katanya.

Najib berkata, sebagai sebuah parti yang berjaya membawa Malaysia hampir meraih status ekonomi maju dan menikmati ketenteraman dan keamanan sejak Merdeka, jasa Umno kepada negara tidak dapat dinafikan.

Menurutnya, perjuangan parti Umno juga berniat baik.

"Atas dasar itu, saya akan terus menjadi ahli Umno yang setia dan bersedia untuk menghulurkan bantuan jika parti memerlukannya.

"Apapun, saya juga masih lagi Ketua Bahagian Umno dan Ahli Parlimen. Saya juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan dengan apa yang berlaku dalam kerajaan lalu," katanya.

Najib berkata, dia akan terus bersuara terhadap apa-apa isu yang menjejaskan rakyat dan negara ini.

Menurutnya, dia berhak menggunakan kebebasan bersuara dan berhak mempertahankan dirinya jika timbul lagi sebarang tuduhan dibuat terhadapnya atau kerajaan BN lalu.

"Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menjadi presiden Umno lagi. Kepimpinan UMno baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang untuk membuktikan kepimpinan mereka bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya," katanya.


MR :  UMNO sudah jadi kerajaan haru berlepas dengan Najib... Biar dia dapat pembelaan yang adil


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Iya.
    Rakyat mahu perbicaraan yg adil.
    Penasihat 1mdb@najib mohon pada menteri kewangan@najib & dirujuk pada pm@najib utk diluluskan kepada najib@perompak.

    Apakah episod ini boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia & seluruh dunia.

    BalasPadam
  2. Bek jenama HERMES N BIRKIN beratus yunit barang emad berpuluh2kg berlian danjam yg berharga ratusan ribU RM ITU fitnahka,,,,

    BalasPadam
  3. Sembang blh le jib.10thn jd pm x nmpk kemajuan mcm era tun buat.x pyh mngaku dri tu baik sgt.ambik duit 1mdb bjuta2 pastu tabur skit duit tu kt parti kroni.tuk rakyat tabur brim drpd duit haram gst.klo jib baik rakyat takkan tolak masa pru14.jib punya bn lingkup.skrg hegeh2 nk pujuk blk hati rakyat.

    BalasPadam