Header Ads

ads header

Flash News

Cuepacs beri sokongan penuh kepada Muhyiddin


KUALA LUMPUR -
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengambil pendirian berdiri teguh serta yakin dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin demi memastikan kesejahteraan serta keharmonian rakyat dan negara.

Presidennya, Adnan Mat berkata, Cuepacs dan penjawat awam sentiasa bersama dengan kerajaan untuk terus memaju negara ke arah yang lebih cemerlang dan seterusnya memberi perkhidmatan yang sangat berkesan serta berkualiti kepada rakyat dan negara.

“Walaupun kerajaan datang dan pergi bersilih ganti, namun perkhidmatan awam tetap kekal setia meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah payung institusi raja.

“Ini kerana perkhidmatan awam merupakan tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penjawat awam perlu bijak mendepani cabaran dan sentiasa memberi tumpuan ke arah kemajuan dan bijak menguruskan risiko.

“Perkhidmatan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan prinsip ‘Saya Yang Menjalankan Amanah’ kerana rakyat sudah semestinya menaruh harapan yang tinggi kepada penjawat awam untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Cuepacs dan penjawat awam akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat dan negara bersandarkan teras taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Walau apa pun yang berlaku, perkhidmatan kerajaan akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Agong jam 10.33 pagi tadi di Istana Negara.


MR :  Makin hari makin kukuh Muhyiddin


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan