Header Ads

ads header

Flash News

Terima kasih ALLAH, Tuanku...


BUKIT DAMANSARA - "Terima kasih kepada ALLAH SWT dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk lantikan pada hari ini," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini.

Beliau tiba di kediamannya di Bukit Damansara jam 12.15 tengah hari ini dan disambut puluhan penyokongnya.

Doa kesyukuran turut dibacakan bagi menzahirkan kesyukuran atas lantikan beliau sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya akan memberikan kenyataan dalam beberapa jam nanti," katanya ringkas sewaktu diminta berkongsi perasaan selepas tamat istiadat angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negara pagi ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut puluhan penyokong ketika tiba di kediamannya di sini hari ini.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

MR :  Terima kasih semua... semoga Malaysia aman drp analisis politik isi perut


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Dan akhirnya tunkutty telah berjaya memecat pm ke7..
    Juga tunkutty berjaya memecat pm.menunggu ke1..

    Dalam seminggu ni pm ke8 apa agaknya akan fokuskan???

    Kalau ada bukti yang bekas peguam negara tamilnadu telah menyalahguna kuasa & campurtangan bias dalam 'membebaskan' angota puak penganas tamilkera maka bolehlah pm ke8 menilai semula serta menyerahkan kpd polis untuk mengemukan siasatan baru terhadap geng2 pengganas tamilkera ini.. menangkap serta menahan ahli2 pertubuhan tamilkera tak kira apapun jawatan dia.
    Dan hendaknya pasukan keamanan bertindak tegas termasuk menyiasat mana2 pertubuhan2 & parti2 yg terlibat melindungi serta menjadi sarang pengganas tamilkera.
    Tindakkan tegas hendaklah diambil termasuk membatalkan serta mengharamkan mana2 pertubuhan/parti terbabit, termasuk membekukan serta merampas harta jika perlu kerana perlu bagi membasmi kumpulan pengganas tamilkera dari terus menapak di Malaysia.

    Seandainya katakan parti rasis dapigs & parti sayapnya pandapigs didapati menjadi penaung atau melindungi geng2 penganas tamilkera maka sangat2lah diharapkan kedua2 parti tersebut diharamkan sahaja bagi melindungi keamanan & kemakmuran negara,... dan mana2 penjawat awam dari parti2 terlibat dipecat dan ditahan bagi melindungi negara dari ancamam pengganas.

    BalasPadam