Dia Guru kita, Cukuplah dia mengajar di Masjid Rusila...
Demi Allah aku bersaksi, inilah insan puluhan tahun mengelek kitab-kitab suci melangkah setiap pagi Jumaat dan menjarah seluruh pelusuk bumi mengajar ilmu agar peradaban manusia patuh akan hukum haqam pencipta yang Maha Agung.
Hari ini PAS dianugerahkan bersama memacu kerajaan baharu yang dinamika membentuk kesatuan atas teras Agama Islam dan perlembagaan negara. Disandarkan seorang Menteri untuk menjaga Hal Ehwal Agama dari kalangan Mufti, satu sejarah habat Islam di Malaysia
Namun di sana dia tersenyum. Menunaikan janjinya. Ingin melihat Islam memimpin. Sesungguhnya pergorbananmu satu susunan atur indah membawa sinar baharu, menyembunyikan kepayahan, keperitan kezaliman sang penguasa dan perbagai rintangan yang dilaluinya puluhan tahun.
Dari gagah berpidato, zaman mudanya membina kelompok manusia yang taat dan patuh kepada Islam sehinggalah menjadi tokoh pendamai di dunia Islam. Hari ini lihatlah rauk wajahnya. Seorang ketua parti gerakan Islam yang pulang tanpa anugerah besar berjawatan Menteri tahkala partinya menjadi sebahagian kerajaan persekutuan.
Meninggalkan legasi baharu menjadi penegak teras Islam Memimpin, dia tetap dia akan terus mengelek kitab-kitab rujukan, walaupun di dalam dadanya padat dengan ribuan kitab, tapi masih mengeleknya ke sana ke mari selagi ada khudrat dan nyawa.
Masjid Rusila tempatnya, pantai dan laut permainannya, anak cucu penyeri hidupnya. Seluruh dunia disantuninya, dia bertekad meminta dia tidak dihalang mengilas kain pelikat dan berteduhkan terendak menyembunyikan kedutan rauk wajah dimamah usia untuk terus mengalas jala dan kail mencuba nasib lautan.
Dia Guru kita. Dia pemimpin kita, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Semoga Allah merahmatinya sepanjang hayat dan memuliakanya sepanjang usia sebagai murabbi ummah serta terus berterusan menyampaikan kalam Allah sebagai peringatan kepada umat.
Berkali-kali dia mengulanginya dia maafkan semua orang yang pernah menghendik, mencaci maki, mengkianatinya dan bermacam kata nista mainan orang yang membenci dakwahnya. Hari ini kita semua bersaksi.
Catatan Noja
Marang 09 Mac 2020
MR : Murabi.. cukuplah dia berada dibelakang pejuang!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Semoga Allah memanjang dan memberkati usia TGHH,Murabbi Ummah
BalasPadamTeruskan perjuangan Tuan Guru Hadi Awang...💖🇲🇾💖
BalasPadamMudahan Allah memelihara akan Kesihatan TUAN guru serta Memimpin Kami sehinggga Mampu Memartabatkan Islam Sebaiknya
BalasPadam