Header Ads

ads header

Flash News

Semua kem Azmin dapat jawatan dalam kabinet Muhyiddin



Kurang sebulan daripada 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan tumbangnya kerajaan PH, senarai kabinet baru kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diumum hari ini menyaksikan semua pemimpin dari kem bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyandang jawatan.

Antaranya merupakan bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang dikekalkan memegang jawatannya sebelum ini sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain itu, Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaafar, Mansor Othman, Ali Biju, Jonathan Yassin, Willie Mongin dan Santhara Kumar turut membarisi kabinet.

Sementara Azmin sendiri, memegang portfolio menteri kanan, sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bagaimanapun, hanya timbalan speaker Rashid Hasnon yang tidak diberikan sebarang jawatan menteri.

Untuk rekod, pada 24 Feb, Azmin dan sepuluh anggota parlimen yang menyokongnya mengumumkan keluar parti dan membentuk blok bebas di parlimen.

Kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada gabungan parti Bersatu, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan ahli parlimen kumpulan Azmin itu menampilkan ebih banyak jumlah kementerian iaitu 32 kementerian.

Manakala, enam orang senator akan dilantik untuk memenuhi barisan kabinet itu.

Turut mencuri tumpuan, tiga pemimpin kanan dari PAS berjaya menyandang jawatan menteri iaitu setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Namun, nama presidennya, Abdul Hadi Awang tidak tersenarai dalam barisan kabinet Muhyiddin. Begitu juga dengan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, kabinet baru yang baru diumumkan petang tadi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperlihatkan anak perempuan kepada Yang di-Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud, iaitu Hanifah Taib dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Berikutan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 24 Februari, kem Muhyiddin dalam Bersatu bergabung dengan BN, PAS, GPS dan kem Azmin untuk membentuk Perikatan Nasional dan berjaya menggulingkan kerajaan PH.

Selepas lebih seminggu kemelut itu, Muhyiddin, diangkat sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac.
MR :  Dia orang pertaruhkan nasib... PN pun tak tentu dapat majoriti... rasa ok bagi atas 'gambler' mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Semoga para mentri2 yg di amanahkan menjaga kebajikan masyarakat
    Jangan berebut tahta dan pangkat

    Menjadikan rakyat hilang kepercayaan kepadabpara ahli politikus2

    Ingat amanah yg allah berikan

    BalasPadam
  2. assalamualaikum wbtuh isya alloh, alloh merahmati pm kita dan menteri menteri yg lain nya, amin allohu ma amin

    BalasPadam
  3. Sama2 kita doakan Kerajaan baru PN pimpinan YAB Tsn Sri Muhyidin Yasin ini berjaya..semoga sokongan majoriti akan bertambah lagi dgn kerajaan baru ini bila Sidang Dewan Rakyat dijalankan nanti..Semua ini utk kebaikan Negara dan juga RAKYAT Malaysia am nya..sama2 lah kita berdoalah utk kebaikan semua..

    BalasPadam