Header Ads

ads header

Flash News

Doktor di Italy dedah bagaimana covid-19 merebak begitu cepat


ITALY: Pengarah Kesihatan San Francesco Hospital di Bergamo Italy, Dr Sylvia Bignamini telah mendedahkan kepada wartawan Channel 4 News bagaimana Covid-19 merebak dengan begitu cepat di negara itu.

Menurutnya wabak covid-19 telah merebak dengan cepat ketika penghujung Februari 2020. Ketika itu pada mulanya mereka beranggapan wabak itu adalah seperti selsema ataupun influenza biasa.

Di hospital beliau, banyak pesakit di wad orang-orang tua telah dijangkiti oleh virus itu. Mereka dijangkiti oleh seorang Jururawat yang menjaga mereka.

Jururawat tersebut menjalani saringan Covid-19 pada 26 Febuari kerana demam dan didapati positif setelah 5 hari kemudian. Tetapi malangnya pada waktu itu sudah ada 6 orang pesakit yang telah menunjukkan simptom demam dan pneumonia.

Selepas disoalsiasat, mereka mendapati jururawat tersebut dijangkiti daripada individu yang ibunya sedang berada di hospital akibat covid-19. Hospital tersebut juga berdekatan dengan Bergamo.

Selepas dari itu, wabak tersebut telah merebak dengan cepat ke seluruh tempat. Wilayah Bergamo adalah pusat penyebaran wabak itu di Italy.

Pada masa itu masih belum ada arahan untuk rakyat di sana mengehadkan perjalanan dan pergerakan. Oleh kerana pergerakan populasi manusia ke serata tempat, penyebaran wabak itu menjadi semakin meluas dan meningkat setiap hari.

Apabila Kerajaan Italy mula memberi arahan kuarantin, ianya sudah terlambat. Dr Sylvia juga kini telah dijangkiti virus tersebut dan beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya sendiri.

Beliau tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti kerana beliau sentiasa memakai topeng, cermin mata, sarung tangan dan baju perlindungan ketika merawat pesakit. Ini jelas menunjukkan betapa senangnya virus itu mengjangkiti manusia.


Keadaan mangsa covid19 di Bergamo Hospittal yang kini sedang kritikal
Semua doktor dan petugas kesihatan tidak bersedia dengan kelengkapan yang mencukupi tetapi terpaksa juga berhadapan dengan situasi yang sedang berlaku.

Menurut Dr Sylvia, untuk mengurangkan penyebaran virus adalah hanya dengan mengurangkan pergerakan populasi manusia.

Kini di hospital mereka juga telah mengehadkan pesakit yang datang. Hanya yang kecemasan sahaja mereka terima.

Doktor dan petugas kesihatan menganggap diri positif Covid-19

Untuk mengelakkan lebih ramai dijangkiti virus, semua petugas kesihatan dan doktor di hospital kini menganggap diri mereka semua positif covid-19. Oleh itu mereka akan lebih peka dan dapat mengelakkan diri mereka dari mengjangkiti orang lain termasuk rakan setugas.

Kepada negara yang masih mempunyai bilangan kes covid-19 yang sedikit, nasihat beliau adalah supaya arahkan setiap orang duduk di rumah dan jangan bergerak kesana-sini kerana virus ini begitu bahaya dan amat senang untuk menjangkiti manusia.

Untuk fasiliti kesihatan pula, beliau minta semua bersedia dengan kelengkapan perlindungan yang lebih banyak daripada yang mereka fikir mereka perlukan.

Seterusnya, sediakan lebih banyak katil di hospital untuk pesakit covid-19 kerana lebih ramai yang akan dijangkiti.

Beliau juga menyarankan semua petugas kesihatan sentiasa menitiberatkan kebersihan dan jangan anggap mudah isu kebersihan dan juga pencegahan.

Setakat 23 Mac 2020, Italy mencatatkan kematian paling ramai di dunia iaitu sebanyak 5,476 orang mengatasi China. Kes positif sebanyak 59,138 orang.


-Tun Carlos


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan