Header Ads

ads header

Flash News

Tidak benar China derma 10 juta topeng, Putrajaya jual pada harga siling, kata Wee


PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mengkritik pemimpin politik yang memutarbelitkan fakta kononnya China menderma 10 juta topeng dan Putrajaya pula menjualnya pada harga siling melalui Pharmaniaga.

Wee berkata, perbuatan fitnah pada saat negara berdepan waktu sukar kini tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Putrajaya membeli topeng dari kilang di China disebabkan kilang tempatan tidak mampu menghasilkannya.

“Untuk rekod, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah melarang pengeksportan topeng beberapa hari selepas menyandang jawatan menteri dan keputusan itu sudah diwartakan.

“Kapasiti pengeluar topeng domestik tidak mampu menghasilkan topeng (yang mencukupi). Inilah sebab Malaysia mengimport dan negara yang mempunyai bekalan ialah China walaupun harga topeng sedunia melambung tinggi selepas penularan wabak Covid-19,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Fadillah Yusof, berkata Putrajaya akan mendapatkan bekalan topeng dari China sebanyak 10 juta keping bagi menampung kekurangan bekalan topeng di Malaysia untuk menangani wabak Covid-19.

Fadillah berkata, topeng tersebut akan diutamakan kepada pihak berkepentingan yang berada di barisan hadapan dalam menangani Covid-19, kegunaan di Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa, polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen di peringkat kebangsaan dan negeri.

Wee berkata, beliau sendiri mengesyorkan supaya duti import 20% dan cukai jualan 10% untuk topeng dimansuhkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersama menteri besar dan ketua menteri pada 20 Mac lalu.

Malah katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah bersetuju dengan syor yang dibawanya dan meminta Kementerian Pengangkutan mengendalikan pengimportan topeng dari China melalui penerbangan kargo.

Menurut beliau lagi, Kementerian Kewangan juga sudah mengarahkan Jabatan Kastam membuat pengumuman mengenai pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng berkuat kuasa mulai esok, 23 Mac 2020.

“Mulai esok, sesiapa sahaja yang mengimport topeng ke Malaysia tidak lagi tertakluk kepada duti import dan cukai jualan. Ini bermakna komponen cukai tidak lagi wujud dalam penjualan topeng di seluruh negara.

“Realiti yang dihadapi ketika ini ialah permintaan global terhadap topeng meningkat secara mendadak, khususnya permintaan dari negara Eropah dan Amerika Syarikat yang sedia membeli dengan harga premium,” katanya.

Wee berkata, beliau berharap dengan penghapusan duti import dan cukai jualan ini akan mengurangkan beban kewangan semua pihak, khususnya rakyat.

Katanya, beliau sendiri sudah dihubungi beberapa dermawan dan badan kebajikan yang menzahirkan perasaan lega terhadap keputusan kerajaan ini.

“Malah, mereka telah menempah topeng dari China untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Inilah semangat dan sifat penyayang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan