Header Ads

ads header

Flash News

Nasib gelandangan tak dilupakan


Nasib golongan gelandangan tidak dilupakan ketika kerajaan dan kakitangan di barisan hadapan sibuk menangani penularan wabak Covid-19.

Menerusi pemerhatian aktiviti membantu warga miskin kota dan gelandangan oleh badan bukan kerajaan (NGO) masih beroperasi tetapi dengan penglibatan sukarelawan yang minimum.

Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid berkata, makanan disediakan untuk gelandangan setiap hari setelah penyelarasan dibuat antara badan-badan amal yang berlainan di sekitar Kuala Lumpur.

Makanan dan minuman hanya disediakan dalam bungkusan dan diedar di bawah seliaan pihak berkuasa bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

Beliau berkata pihak polis akan memasti individu yang mengambil makanan agar menjarakkan diri antara satu sama lain bagi mengelakkan penularan virus.

“Polis dan pihak tentera akan kuatkuasakan penjarakan sosial.

“Kami akan usahakan sama-sama. Kami turut berada di rumah (sewaktu perintah kawalan pergerakan). Namun kami akan pastikan warga miskin masih mendapat makanan mereka,” tambahnya.

Menurut Munirah, golongan miskin beratur dengan jarak dekat apabila mereka mendapatkan makanan di Medan Tuanku pada Jumaat petang lepas.



Bantuan pihak polis akan memastikan golongan gelandangan menjarakkan diri antara satu sama lain ketika mengambil makanan.

Hal ini katanya, disebabkan ramai yang kelaparan dan risau kehabisan makanan.

Oleh sebab itu, kata Muniarah agak susah bagi sukarelawan menasihati mereka.

Bagaimanapun, beliau percaya keadaan itu akan dapat diperbaiki menerusi bantuan dan seliaan daripada pihak polis.

Sementara itu, pengasas Dapur Jalanan Mohd Ezzuandi Ngadi, atau lebih dikenali sebagai Pak Wan, mengesahkan pengagihan makanan percuma mingguan akan dijalankan seperti biasa.

Jika perlu tempat tinggal

Agihan makanan itu akan dilakukan di Jalan Panggung setelah mendapat kelonggaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara.

“Kami akan mematuhi arahan yang ditetapkan dan bekerjasama sebaik mungkin dengan pihak berkuasa terutama untuk mengelakkan komuniti dari berkumpul pada waktu perkongsian makanan.

“Untuk situasi sekarang, semua operator akan membungkus makanan dan minuman. Stesen disediakan awal dan komuniti akan datang and terus ambil.

“Jika datang berkumpulan, mereka akan letakkan kawalan jarak,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Dapur Jalanan akan beroperasi dengan jumlah sukarelawan yang terhad di mana hanya lebih kurang tujuh anggota yang mengagihkan makanan berbanding 20 orang pada waktu biasa.

Pengglibatan sukarelawan kini tidak dibenarkan dan semua anggota sukarelawan perlu mematuhi tatacara pihak berkuasa dengan tegas, tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim berkata Anjung Singgah dan Pusat Transit Gelandangan (PTG) Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa.

Katanya, golongan gelandangan adalah dialu-alukan untuk datang mendaftar diri sekiranya memerlukan tempat tinggal.



Menurut Che Asmah, kedua-dua pusat perlindungan ini masih mempunyai lebih kurang 50 peratus kekosongan katil di mana PTG mempunyai 100 katil dan 40 katil di Anjung Singgah.

Sepanjang perintah kawalan pergerakan, pusat-pusat tersebut menghentikan segala aktiviti harian dan hanya membenarkan penghuni berehat dan mengambil makanan, katanya.

“Untuk penghuni, kami akan periksa suhu badan mereka dengan lebih kerap, topeng muka dan sanitiser juga dibekalkan.

“Seandainya ada yang tidak sihat, kami akan rujuk kepada hospital. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut akan ada di sini untuk buat pemeriksaan dan menyediakan makanan sekiranya tiada NGO yang hantar,” tambahnya.

Bagaimanapun, hanya bungkusan makanan dibenarkan dan agihan akan dikenadalikan pihak Anjung Singgah dan PTG.

Antara badan amal yang akan menyediakan makanan untuk golongan miskin kota di sekitar Kuala Lumpur adalah Pertiwi Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen (KSK), Projek KASEH4U, Kafe Komuniti Pit Stop, KLSCS Street Feeding, SEED, Street Feeders of KL (SFOKL) dan Dapur Jalanan.

Golongan tidak bernasib baik itu boleh mendapatkan makanan di beberapa lokasi seperti Anjung Singgah, PTG, Medan Tuanku, Pit Stop di Jalan Tun HS Lee, KSK, Kota Raya dan Jalan Panggung.

Dua hari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, berkata satu mesyuarat khusus akan diadakan bagi membincangkan soal kebajikan gelandangan di Kuala Lumpur sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Beliau berkata hal itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak terdedah dengan penularan wabak Covid-19 lebih-lebih lagi pematuhan terhadap perintah berkenaan masih di tahap kurang memuaskan.

Kata Annuar, pihaknya turut mengambil maklum usaha orang awam dan NGO menyantuni golongan berkenaan, namun dikhuatiri tidak menjarakkan diri (social distancing) ketika berurusan dengan mereka.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan