Dr Afif Bahardin kini pegawai Azmin Ali
KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang meletakkan jawatan, Dr Afif Bahardin kini dilantik sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Perlantikan itu dimuatnaik ke bahagian kakitangan laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
https://www.miti.gov.my/index.php/edirectory/staff/774
Bagaimanapun, tarikh berkuatkuasa lantikan rasmi Dr Afif itu tidak dinyatakan.
MalaysiaGazette sedang mendapatkan pengesahan mengenai lantikan itu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu sebelum ini meletak jawatan sebagai Exco Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 4 Mac lalu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, selepas satu pertemuan dengan Dr Afif.
Peletakan jawatan berlaku selepas bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menegaskan akan kekal dalam parti dan komited kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.
Afif adalah antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. -MalaysiaGazette
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pilih lah.
BalasPadamDapat kerusi emas tapi badan & muka khianat.
Takut kena ludah dgn pengundi.
Biar hidup bermaruah dari khianat
Jemin pun tak berani nak jumpa pengundi
Org gombak dah sediakan kuali besar.
Nak buat gulai kawah katanya.
Hanya monyet yang melompat hah,,itulah Azmin ali
BalasPadam