Farmasi jual topeng 20 sen dengan harga RM1 kena denda RM20,000
KUALA LUMPUR, 11 Mac -- Sebuah farmasi di Selayang dekat sini
dikompaun RM20,000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi
harga kawalan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa
Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna
Cawangan Gombak Azli Aripin berkata premis itu diberikan tempoh selama
14 hari untuk melunaskan kompaun tersebut.
Beliau
berkata serbuan itu dilakukan pada kira-kira 6.30 petang susulan aduan
orang awam berhubung penjualan penutup hidung dan mulut melebihi harga
yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Hasil uji beli
yang dibuat oleh pegawai penguat kuasa yang menyamar sebagai pelanggan
mendapati peniaga tersebut telah menjual penutup hidung dan mulut jenis
2-PLY dengan harga sekeping RM1 sedangkan harga kawalan yang telah
ditetapkan ialah 20 sen sekeping,” katanya dalam satu kenyataan malam
ini.
Azli berkata sejumlah 45 unit penutup hidung dan mulut disita dengan nilai sitaan sebanyak RM45.
Beliau
berkata tindakan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga Dan
Antipencatutan 2011 iaitu menjual barang kawalan melebihi harga maksimum
telah diambil terhadap peniaga itu.
--Bernama
MR : Jika ada terbeli dengan lebih 20 sen sila buat report, jangan bagi manusia 'celaka' ambil kesempatan hisap darah
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan