Header Ads

ads header

Flash News

Harga RON95 turun 38 sen, RON97 turun 36 sen


Harga runcit petrol RON95 turun 38 sen seliter bermula tengah malam ini dari RM1.82 seliter kepada RM1.44 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa RON97 turun 36 sen, menjadikan harga bahan api itu RM1.74 seliter.

Harga runcit diesel juga turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.75 seliter.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19.

“Di samping itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutama PKS dan golongan B40,” kata kementerian kewangan.

Penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).


MR :  Nak isi banyak pun tak guna kena kurung di rumah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan