Header Ads

ads header

Flash News

KFC tetapkan jarak pelanggan beratur 1 meter


KUALA LUMPUR, 19 Mac — Pelanggan KFC yang ingin memesan makanan di kaunter perlu menjarakkan diri dengan beratur sejauh satu meter antara satu sama lain.

Salah seorang staf rangkaian makanan segera itu berkata penetapan itu selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam hingga 31 Mac ini.

“Mulai hari esok (18 Mac),semua pelanggan KFC akan beratur begini untuk memesan makanan. Jarak satu meter kaunter dan setiap barisan antara pelanggan,” catat @cajuwani di Twitter kelmarin.

“Hanya bungkusan sahaja yang dibenarkan. Tiada makan di dalam. Harap semua dapat beri kerjasama.

“Kami sayang anda dan prihatin tentang isu yang melanda sekarang.”

Shazwani memuat naik foto demonstrasi pekerja KFC cawangan Bukit Gambir di Tangkak, Johor menjarakkan diri masing-masing dalam satu barisan.

Kelihatan di foto itu juga pita pelekat berbelang kuning hitam atas lantai, sebagai tanda penetapan jarak untuk pelanggan.

“Terima kasih atas sokongan anda. Insya Allah kami warga KFC akan memberi layanan sehabis baik dan semampu kami.

“Semoga kita dijauhkan dari wabak #Covid-19 ini,” katanya dalam hantaran yang mendapat lebih 17,000 tanda suka dan diulang kicau lebih 21,000 kali.

Majlis Keselamatan Negara menetapkan semua premis makanan dan restoran boleh dibuka sepanjang dua minggu ini namun hanya terhad untuk pembungkusan sahaja.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan