Header Ads

ads header

Flash News

Majikan paksa dan ugut potong gaji


TIDAK berpuas hati dengan tindakan majikan yang memaksa dan mengugut supaya tetap bekerja walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sekumpulan pekerja membuat laporan polis.

Wakil kumpulan pekerja di sebuah kilang kaca di Lipat Kajang, Jasin itu yang dikenali sebagai Mat, 23, berkata pihak pengurusan kilang berkenaan mengugut akan memotong gaji jika pekerja enggan datang bekerja seperti biasa.

“Kami tidak mahu menanggung risiko jangitan wabak Covid-19 yang sedang menular sekarang, selain mematuhi arahan kerajaan supaya tidak keluar bekerja sepanjang tempoh Arahan Perintah Kawalan Pergerakan itu dikuatkuasakan.

“Saya membuat laporan polis ini adalah kerana tidak mahu bekerja serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengurusan kilang yang membuat ugutan terhadap kami,” katanya.

Dia hadir bersama 31 rakan sekerjanya membuat laporan polis di Balai Polis Jasin, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Salleh mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan pekerja berkenaan.

Menurutnya, arahan pihak pengurusan kilang berkenaan melanggar undang-undang ditetapkan.

“Saya mohon supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak pengurusan kilang terbabit kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja berbahaya kepada mereka tetapi kepada semua masyarakat setempat,” katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. YA JUGA DI HI TECH KULIM KEBANYAKAN KILANG BUKA SEPERTI BIASA , TIDAK DAPAT CUTI ..HARAP KERAJAAN AMBIL TINDAKAN

    BalasPadam