Header Ads

Header ADS

K’jaan benar dua staff ke pejabat bagi urusan bayar gaji pekerja


Kerajaan memutuskan bahawa seramai dua kakitangan bahagian sumber manusia atau kewangan semua syarikat swasta akan dibenarkan hadir sehari ke pejabat bagi menguruskan pembayaran gaji pekerja masing-masing.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan menjelaskan ini boleh dilakukan sama ada pada 30 Mac atau 1 April ini bagi memastikan pembayaran gaji pekerja sektor swasta dapat dibayar mengikut ketetapan undang-undang.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa kakitangan bahagian/unit kewangan/sumber manusia dibenarkan untuk hadir ke tempat kerja untuk menjalankan urusan kerja yang spesifik iaitu menyelaras dan memproses payroll.

“(Ini) bagi tujuan pembayaran gaji pekerja iaitu bagi tempoh satu hari sahaja sama ada pada 31 Mac 2020 atau 1 April 2020, jumlah maksimum dibenarkan adalah dua orang sahaja,” kata kementerian itu.

Untuk rekod, kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April.

Perintah itu antara lain mewajibkan penutupan sebahagian besar premis perniagaan, sekolah dan institut pengajian tinggi, serta premis kerajaan dan swasta melainkan perkhidmatan penting.

Sementara itu, majikan diminta untuk menyediakan surat pelepasan kakitangan ke pejabat bagi tujuan pengesahan.

Surat berkenaan perlu dilengkapi dengan nama penuh, nombor kad pengenalan pekerja serta nombor telefon majikan yang boleh dihubungi.

“Pekerja terbabit perlu membawa dan mengemukakan surat atau dokumen tersebut bagi memudahkan pergerakan mereka ke tempat kerja sekiranya diminta oleh pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.