Header Ads

Header ADS

‘Tok Ayah’ Muhyiddin semakin disenangi rakyat


Tiga krisis yang berlaku serentak – ekonomi, kesihatan dan politik – telah membawa tekanan amat besar kepada Malaysia dan rakyatnya.

Di waktu ini, Malaysia dan rakyatnya memerlukan sebuah kerajaan yang efektif, tegas dan dihormati majoriti rakyat Malaysia. Ini penting kerana usaha memerangi Covid-19 memerlukan setiap arahan dan usaha kerajaan diberikan perhatian serius dan dipatuhi rakyatnya tanpa was-was.

Tiada siapa sangka krisis politik negara pada akhir Februari akan memberikan Malaysia perdana menteri baru, iaitu Muhyiddin Yassin untuk berdepan pandemik Covid-19 yang meningkat 100 kali ganda dalam masa sebulan, yakni daripada 25 kes pada 28 Feb kepada 2,470 pada 29 Mac.

Kadangkala seseorang memerlukan krisis untuk menonjolkan bakat terpendam dalam dirinya. Itulah yang berlaku kepada perdana menteri kita, dan setakat ini, prestasi Muhyiddin tidak menghampakan ramai yang kagum dan berpuas hati dengannya.

Cara komunikasi Muhyiddin yang unik umpama seorang bapa kandung di kaca televisyen berunding, merayu, mengingatkan dan bertegas sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semakin menawan hati rakyat Malaysia.

Mesej sempoinya “stay at home”, cerita kisah kehidupan dirinya sebagai rakyat biasa dan sebagai Tok Ayah yang juga terpisah dengan cucu kerana PKP serta penggunaan contoh santai seperti Makcik Kiah menyebabkan ucapan Muhyiddin yang panjang jela mudah difahami, diikuti dan diingati ramai.

Perkara yang paling menonjol di dalam ucapan terbarunya ialah pengakuan rendah dirinya bahawa kerajaan Perikatan Nasional bukanlah kerajaan yang diundi rakyat. Kebijaksanaan ini semakin hari semakin menambat hati kawan dan lawannya.

Muhyiddin juga tidak menghabiskan masa berbalas hujah dengan kritikan dan desakan pembangkang, contohnya kritikan terhadap keputusannya mengerahkan tentera membantu polis menguatkuasakan PKP mahupun desakan pembangkang agar pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Tindakan ini dilihat bijak kerana sebarang perbalahan politik pada waktu ini hanya akan menyebabkan perhatian rakyat beralih kepada perbalahan politik daripada membantu melawan penularan Covid-19.

Antara perkara yang paling terserlah di dalam kepimpinan Muhyiddin sepanjang PKP ialah mengekalkan komunikasi satu saluran. Meskipun ada sedikit kekeliruan pada peringkat awal, tetapi saban hari komunikasi satu saluran ini semakin jelas dan efektif.

Kesannya, setakat ini, tiada percanggahan dan kecelaruan kenyataan antara menteri-menteri Kabinet dan tiada pertikaian antara ahli Kabinet. Ini jauh berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan dahulu.

Selain itu, meskipun pernah bersama kerajaan PH selama 22 bulan, Muhyiddin nampakya tidak terikut-ikut dengan cara kerajaan PH yang terus-menerus menyalahkan kerajaan Barisan Nasional sepanjang pemerintahannya.

Setakat ini, tiada sepatah kata daripada Muhyiddin yang mempertikaikan jasa atau salah laku kerajaan PH. Ini satu tindakan bijaksana yang wajar dipuji.

Tahniah juga diucapkan kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang turut menggesa rakyat mematuhi PKP dan kempen duduk di rumah yang dipelopori Muhyiddin.

Sifat negarawan yang dimiliki Mahathir ini wajar dicontohi, tetapi sayangnya sifat ini tidak dimiliki mereka yang berada dalam PH. Ada di antara mereka masih bersikap “merapu pun tak apa asalkan diri tidak dilupakan” meskipun negara sedang berdepan krisis paling rumit dan besar sejak merdeka.

Apapun, sekarang bukan masa untuk berbalah, mementingkan diri mahupun merendah-rendahkan kemampuan kerajaan. Sekarang ialah masa untuk menyokong dan memperbaiki segala usaha kerajaan. Berilah teguran dan cadangan secara membina, bukannya demi menghentam dan meraih mata politik.

Jangan sengaja menimbulkan isu politik yang memerlukan perhatian dan masa kerajaan untuk menyelesaikannya. Ini akan menyebabkan kerajaan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memerangi Covid-19, menyelamatkan ekonomi dan menjaga rakyat dalam kesusahan.

Sesungguhnya, kita semua terlibat dalam perang terhadap Covid-19. Oleh itu, kita perlu bersama-sama memainkan peranan kita.

Perkara terpenting ialah kita perlu memastikan kita tidak menjadi ejen penyebaran. Amalkan kesedaran untuk memerhatikan aktiviti tangan kita sentiasa. Kita perlu sentiasa sedar apa yang disentuh tangan kita. Amalkan membasuh tangan selalu. Kita wajib membina kesedaran baru untuk mengawal tangan daripada menyentuh muka dalam apa jua keadaan.

Dengan beberapa perkara mudah ini sahaja, kita dapat membantu meratakan lengkung jangkitan Covid-19 ini dan seterusnya menghalang virus ini melumpuhkan sistem kesihatan negara.

Marilah kita berganding bahu menghadapi krisis Covid-19 ini dengan bersangka baik, memberi ruang dan sokongan kepada perdana menteri dalam melaksanakan tugasnya bersama Kabinetnya, menyebarkan tenaga positif kepada semua petugas barisan depan kita dan saling membantu rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan.

Semua ini akan memastikan peluang kita kekal cerah untuk memenangi perang terhadap makhluk ghaib Covid-19 ini dan tsunami kemelesetan ekonomi yang bakal menyusul.

TIMMY SAY




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Terima Kasih Timmy Say kerana berpandangan positif dan ikhlas. Melihat dengan mata hati dan bukan mengampu atau merapu. Sikap MY tidak membalas atau melayan segala terjahan negatif kepadanya amat terpuji.Melambangkan gaya kepimpinan yang berjiwa besar dan memfokus kepada keperluan rakyat semasa kini.Tiada sikap nak berpolitik sepanjang masa. PH mati kutu dengan langkah proaktif guna wang negara untuk rakyat selepas PH menyatakan bahawa negara hampir muflis dan jual lambak harta negara.tahniah PM MY

    BalasPadam
  2. Ada hikmahnya ujian covid19 ini hadir pd tikanya TSMY menerajui negara selaku PM... Mungkin ALLAH mahu memperlihatkn kpd kita semua bgm ketabahan beliau menempuhinya dn dalam kelangsungan itu..kita dianugerahkn seorg pemimpin yg dihadapannya adalah ISLAM DN IMAN.....

    BalasPadam
  3. Tabik HORMAT
    buat PM-MY,,
    TSMYse-KLUARGA...
    😊🙏🙏🙋🙏🙏😊
    🌻🌺🌹🌷🌹🌺🌻
    😊👍💝✌💝👍😊

    SALAM-SJAHTRA & SALAM MUHIBBAH dri:
    S"WAK-BUMI KNYALANG...

    Sy warga-asing,,yg tngah mncari SESUAP-NASI di negri ini...
    Sy berasa,,
    MALAYSIA dah mcm NEGARA-SNDIRI...
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Ok,,,
    MANTAP...!!!
    MALAYSIA~BOLEH...!!!
    ¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
    ♡🌷♡🌷♡🌷♡🌷♡🌷♡🌷♡
    🌷☆🌷☆🌷☆🌷☆🌷☆🌷☆
    😊🙏🙏🙋🙏🙏😊
    😋🌺🌹🌷🌹🌺😋
    😋🌺🌻🌷🌻🌺😋
    😋🌻🌷🌷🌷🌻😋
    😄👍💝✌💝👍😄
    ☆☆☆☆♡☆☆☆☆

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.