Terpaksa jalan kaki dari kastam JB ke Singapore demi suami
Mak saya tadi baru aje lepas kastam Singapore and dalam taxi kena balik rumah terus dan SHN (Stay Home Notice) for 14 days.
Mak saya baru telephone saya kata semua dah selamat dan ramai juga yang jalan kaki di causeway tadi dan ada yang lebih tua dan uzur dari mak saya.
Buat yang komen buruk tanpa usul periksa, cuba selidik sebelum komen yang hanya mendapat dosa dan menampakkan tidak cerdik kita.
Walaupun tak perlu saya terangkan in detail tetapi sebab ada yang mudah fitnah, komen buruk dan tak malu mencarut maka saya nak elakkan anda buat dosa dengan beri penerangan sedikit:
1) Mak saya datang Malaysia sebelum ada PKP ini sebab nak bantu jaga anak saya yang baru 3 bulan kerana Isteri saya akan jalani OPERATION di Hospital sebelum PKP.
2) Bila PKP dilanjutkan sehingga pertengahan April, mak, saya ingat nak balik selepas tu dan selalu kami akan hantar balik naik kereta.
Belum pernah seumur hidup mak saya kena jalan kaki kat causeway. Selalu ada kereta yang akan jemput dan hantar balik ke rumah Singapore bila datang lepak dirumah JB saya.
3) Bapa tiri saya yang berumur 80 tahun dan masih sihat berkerja tiba-tiba jatuh sakit awal minggu ini tapi tak serious, beliau beritahu mak saya tak perlu balik tetapi saya yang galakkan mak saya balik ke Singapore kalau kita dapat transport balik sebab tahu mak saya risaukan keadaan bapa tiri saya.
4) Saya cuba tanya ramai orang dan check di group JB-SG dan rata-rata semua yang nak rentas balik kena jalan kaki sebab tiada transport dibenarkan. Boleh rujuk di website pihak immigration Singapore dan Malaysia serta Consulate General.
5) Saya beritahu mak saya yang tak dapat transport dan tiada pengangkutan awam atau kereta Malaysia yang dibenarkan keluar kastam atau masuk Singapore. Mungkin beliau kena balik pada pertengahan april melainkan kalau beliau sanggup jalan kaki.
6) Mak saya yang nak balik jalan kaki walaupun kami dah beritahu perjalanan yang agak mencabar tetapi beliau kata 'ok aje'. (Mungkin beliau rindu nak jumpa suami kot )
7) Mak saya masuk Singapore hari itu ditemani anak sedara saya yang berusia 20 tahun. So bila mak saya balik, anak sedara saya yang teman beliau juga di causeway.
(Yang angkat bag lain dan ambil gambar update kami dan videocall setiap berapa minit) untuk kami tahu keadaan emak kami.
8) Sebab PKP, saya hubungi kawan yang bawak taxi dan minta beliau datang selepas asar ,(kerana waktu tu cuaca tak panas sangat) untuk hantar mereka di CIQ JB dan alhamdulillah road block semua tiada masalah.
9) Alhamdulillah, mak saya selamat jalan di causeway walaupun ambil masa sejam lebih. Setiap berapa minit beliau akan stop rehat. Dan kami call and msg setiap berapa minit untuk tahu perkembangan.
10) Sampai di Singapore kastam, alhamdulillah ada 2 anggota polis yang bantu dan dapatkan wheelchair dan bantu tolak hingga ke ofis immigration.
11) Di sana emak saya beritahu ada ramai juga yang balik dari Malaysia dan semua pun jalan kaki. Ada yang dukung anak kecil, orang yang lebih tua dari mak saya dan sebahaginya.
12) Selepas selesai chop passport dan settle perkara SHN, pegawai polis yang tadi bantu mak saya tolakkan wheelchair sampai ke taxi stand sehingga mak saya selamat menaiki taxi balik.
13) Buat anda yang komen biadap dan tanpa usul periksa, saya maaf kan anda dan harap kita jangan mudah komen sesuatu yang hanya esok di akhirat kita akan menyesal.
14) Setiap apa yang kita komen akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di padang masyhar dan takut kita tak sempat delete komen kita atau minta maaf bila meninggal nanti.
15) Marilah kita doa agar Allah swt mempermudahkan segala urusan hidup kita dalam menghadapi PKP ini.
Jadikanlah ujian ini untuk kita lebih bertaqwa kepada Allah kerana kita tidak tahu bila pula wabak itu boleh datang kepada kita atau keluarga kita.
Salam sayang. Wassalam.
Herman Sudil.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pakat topup dosa free musim ni.Rasa kebal dan bangga diri jika boleh maki hamun, sumpah seranah dan umpat keji orang. Allah datangkan Covid suruh kita muhasabah diri.kurang bercakap,banyakkan zikir.Terima kasih
BalasPadam