Header Ads

Header ADS

Sebaiknya negara 'lockdown' sehingga 1 Julai


Kenapa saya mencadangkan 1 hb Julai? Mendengar tarikh lockdown tersebut tentu ramai yg akan marah. Mungkin ada yg maki hamun mengatakan saya gila, bodoh, pentingkan diri sendiri, nak biar huru hara dan macam2 lagi.

Sabar sila baca hingga habis... tarikh itu pun jika sehingga hujung April ini peningkatan terus berlaku. Jujur saya tidak nampak Covid-19 boleh diselesaikan dlm tempoh singkat. Utk wabak ini saya jangkakan paling awal 3 bulan dan kesan ekonominya bertahun.

Kita memulakan PKP bermula 18 Mac. Sebelum itu peningkatan mula mendadak apabila negara tidak berkerajaan lebih dari 10 hari hingga terlepas pandang berlaku himpunan Tabligh dan Himpunan agama Hindu.

Kemudian apabila diumumkan PKP arahan itu terlalu umum tanpa mekanisma kpd rakyat akhirnya PKP itu difahami rakyat Malaysia seperti holiday. Hingga ratusan ribu rakyat Malaysia pulang ke kampung.

Lebih parah beberapa IPT mengarahkan pelajar mereka pulang ke kampung dlm tempoh 24 jam. 3 faktor itu adalah kesilapan awal kerajaan. Benda dah jadi bukannya saya nak cari salah siapa tapi yg mendatang ini jgn lagi berlaku kesilapan yg lain.

Mengapa 1 Julai? Ini kerana hari raya jatuh pada 23 atau 24 hb Mei. Jutaan umat Islam akan pulang berhari raya. Kita perlu ingat Covid-19 tersebar cepat keluar dari China atau bandar Wuhan apabila warga China bercuti sempena Chinese New Year. Ia merebak begitu pantas dan di Itali ia bermula dari 2 pelancong China.

Saya ingin tanya kita mahu pemulihan seperti China atau mahu musnah menjadi seperti Itali. China berjaya kerana mereka menggunakan kaedah yg sama 110 tahun dahulu dlm menangani wabak virus.
Saya mengambil hujah dari satu bahan bacaan yg dimuatkan oleh seorang rakan. China merupakan satu satunya negara contoh yg dunia boleh ikut sekarang sebab mereka dah proven berjaya membendung wabak Covid 19 dgn segala prosedur dan aturan yg efektif.

Negara Asia lain dan negara2 Eropah, hatta WHO pun somehow bagi saranan ikut garis panduan pencegahan/rawatan/kawalan yg China buat.

Tapi China pula ikut siapa? China tidak ikut siapa siapa. China cuma ikut dan taat pada lesson sejarah wabak yang telah mereka lalui di masa dahulu.

Itulah rujukan utama yg China buat dan praktiskan demi survival mereka (dan dunia) dlm menangani serangan Covid 19.

Mengikut sejarah moden, turning point kpd lembaran pembangunan kajian wabak, jangkitan virus, cara pencegahan, SOP keselamatan, dan kajian yg lebih serius ke atas penyakit jangkitan di China hanya bermula sekitar 110 tahun yg lalu.

Lebih tepat, pada 1910 ketika sebuah kota yg sedang pesat membangun di timur laut China (masa tu kita panggil wilayah Manchuria) tiba2 dilanda penyakit aneh.

Kota dimaksudkan adalah Harbin. Harbin ni dalam province Heilonjiang, province paling utara di negara China.

Masa ni tengah pesat perindustrian terutamanya pembinaan railway Trans Siberia bahagian timur. Ratusan malah ribuan pekerja dari Russia yg dtg ke Harbin, daripada jurutera sampai lah ke pekerja buruh.

Pada Oktober 1910 tercetusnya The Great Manchurian Plague, sejenis wabak hawar berkait pneumonia yg sgt devastating.

Bulan pertama selepas wabak yg tak terkawal, kerajaan China menghantar seorang doktor ke Harbin atas suatu tugas, mengkaji dan mencari penawar kpd Manchurian outbreak.

Doktor ini bukan sebarangan. Beliau merupakan bangsa Cina pertama di dunia yg diterima masuk ke Cambridge pada tahun 1896 dgn biasiswa penuh.

Seorang doktor merangkap researcher yg genius bernama Wu Lien Teh. Di Harbin, Dr Wu buat post mortem ke atas mangsa wabak hawar dan itu lah post mortem mayat pertama dilakukan dlm sejarah perubatan di China.

Doktor Wu berhempas pulas menyakinkan Russia, China dan Jepun (Jepun pun involve di Harbin pasca Russo-Japanese War) utk berhentikan semua pergerakan keretapi, tutup station, kawal ketat border kerana dia dah jumpa punca wabak.

Human to human interaction. Virus yg boleh survive dlm airborne dan berjangkit dgn sentuhan.
Ketika itu, belum pernah dlm sejarah wabak terjangkit sebegitu dan penemuan doktor Wu serta saranan beliau tentang kaedah preventive measures terpaksa diikut oleh interested power di Harbin iaitu Russia, China dan Japan.

Cadangan Dr Wu, Harbin diarah lockdown (juga pertama kali dlm sejarah China). Mewajibkan pakai facemask (ramai doktor lain tak percaya cakap doktor Wu ketika itu ).Mayat dibakar utk matikan virus. Stesen keretapi semua ditutup.

Selepas 4 bulan, walaupun korban nyawa di Harbin melangkau 60,000 org tetapi China dan dunia sangat berterima kasih kepada Dr Wu. Tanpa kebijaksanaan Dr Wu, entah berapa ratus ribu atau juta nyawa boleh melayang akibat Manchurian Outbreak.

Dr Wu terus membantu China menangani beberapa lagi siri outbreak, antaranya Outbreak di Siuyan 1917. Kolera dan Spanish Flu di Harbin 1919,

Kolera di Shanghai 1935. Selain itu, Dr Wu turut bantu negara China set up beberapa institusi.
Terlibat secara langsung dlm penubuhan Peking University Hospital. Dan pada tahun 1935 nama Dr Wu dapat pencalonan Noble Prize,tapi tak menang.

China menganggap Dr Wu sebagai dewa yg turun membuka mata mereka tentang perspektif perubatan moden. Dia diangkat sebagai Father of the Chinese Modern Medicine. Dr Wu Lien Teh merupakan legend dlm sejarah perubatan moden di China.

Dan persoalan seterusnya, kenapa aku dok borak hal sejarah perubatan moden China dan jasa Dr Wu Lien Teh ni?

Sebabnya Dr Wu Lien Teh merupakan bangsa Cina pertama di dunia yg belajar di Cambridge ni merupakan rakyat negara kita, Rakyat Tanah Melayu! Org Malaysia.

Pada tahun 1896 Wu Lien Teh berlayar ke London dari Pulau Pinang. Dia lahir di Pulau Pinang, belajar di Penang Free School, merupakan anak jati Pulau Pinang.

Dr Wu balik ke Tanah Melayu dan tinggal di Ipoh berkhidmat sebagai doktor biasa, sebelum berpindah ke Pulau Pinang. Doktor Wu Lien Teh meninggal dunia pada 21 Januari 1960 di Pulau Pinang. Jasanya kpd negara China terlalu besar.

110 tahun selepas Harbin, kerajaan China hari ini mengunakan semula segala ilmu dan pengalaman seorang anak Tanah Melayu yg diiktiraf sebagai mahaguru, maulana, sarjana, legenda dan godfather perubatan.

Kepakaran formulanya menyelamatkan ribuan malahan jutaan nyawa manusia digunakan kembali China utk mengatasi Covid 19 bukan sahaja di China, malahan menjadi ikutan di seluruh dunia.
Dr Hu mengambil masa 4 bulan utk lockdown. Jadi sewajarnya Malaysia gunakan formula China dan bukannya Itali atau Sepanyol.

Itali dan Sepanyol bukan sahaja kerajaannya lambat bertindak sepertimana berlaku di Amerika ketika ini yg masih berdegil utk lockdown... tetapi ketiga tiga negara ini kerana rakyatnya tidak memberi kerjasama yg baik kpd kerajaan.

Adakah kita Malaysia mahu jadi seperti mereka. Di mana mayat2 hanya dicampakkan ke dalam satu liang lahat? Di mana kita tidak dpt melihat kali terakhir wajah2 org tersayang?

Pun begitu kerajaan Malaysia mestilah mengambil pendekatan yg lebih simple dlm membantu Cik Kiah dan org sepertinya. Buat seperti Thailand setiap warganegaranya akan menerima RM 600 ( tidak silap ) sebulan dgn hanya mengisi secara online.

Negara kita masih kabur bagaimana kerajaan mahu menyalurkan bantuan mereka. Malah lebih parah hujung bulan April baru diterima. Selain itu kerajaan mestilah mengambil pendekatan setiap daerah sudah boleh standby Dewan utk digunakan bagi pesakit Covid-19.

Tawarkan segera sukarelawan kpd rakyat Malaysia. Beli segera segala keperluan perubatan dan keperluan lain terutama katil dan pembaikan dewan2 seperti bilik air, ruang solat dan sebagainya.
Utk IPT kerajaan jgn buat silap. Hentikan pembelajaran secara online kerana ramai yg beranggapan sukar apatah lagi mental down utk berbuat demikian. Lebih baik declare sahaja bermula 18 hb Mac sehingga 1 hb Julai adalah cuti Sem menggantikan cuti Sem Julai hingga September agar pelajar dan keluarga lebih bersedia dari awal.

Rakyat Malaysia kita perlu bersabar dgn kesusahan ini. Datuk nenek kita dulu tanpa Internet, tanpa Astro, tanpa Smartphone mampu mendisiplinkan diri ketika darurat. Boleh makan ubi, nasi dan garam.

Kita terkurung tetapi masih boleh hubungi anak di US. Boleh video call dgn kekasih di UK. Boleh whatsapp dgn kawan2 di seluruh negara dan dunia, boleh makan ais krim sambil menonton movie Korea. Kita hanya perlu berdisiplin seperti 20 juta rakyat Wuhan dan Hubei.

Mahu tidak mahu kita kena stopkan virus ini dahulu walaupun ekonomi menjunam. Jika kita tidak sabar bukan sahaja angka kematian di luar jangkaan tetapi ekonomi juga akan musnah. Ingatlah punca utama kegagalan kerana kita cepat berputus asa bila ada sedikit dugaan.

Semoga Allah membantu kita. Semoga ikhtiar kita ini akan memberi kesan yg positif. Allahuakbar Allah Maha Besar.

FB
Norman Radzuan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.