Header Ads

Header ADS

Menteri Jerman bunuh diri kerana bimbang impak Covid-19


FRANKFURT AM MAIN - Ketua Menteri Kewangan di negeri Hesse, Jerman didakwa membunuh diri kerana terlalu bimbang cara untuk menangani krisis ekonomi impak daripada koronavirus (Covid-19).

Thomas Schaefer, 54, ditemui mati berhampiran landasan kereta api semalam.

Pejabat Pendakwaan Wiesbaden dalam satu kenyataan percaya ia tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.

"Kami sangat terkejut dan tidak percaya dengan berita ini. Ia sangat menyedihkan," kata Ketua Menteri Hesse, Volker Bouffier.

Menurut Bouffier, Schaefer yang berkhidmat selama 10 tahun sebagai ketua kewangan di Hesse berhempas-pulas membantu syarikat dan pekerja yang terkesan dengan pandemik tersebut.

"Kami andaikan beliau mungkin terlalu khuatir. Kami mengharapkan untuk mempunyai individu sepertinya ketika berdepan waktu sukar seperti ini," ujar sekutu rapat kepada Canselor Angela Merkel itu lagi.

Sebelum ini, Schaefer daripada parti pimpinan Merkel, Parti Demokrat Kristian (CDU) disebut sebagai pengganti kepada Bouffier. - AFP




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.