Header Ads

ads header

Flash News

Korban ke-11 Lelaki 70 tahun


Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 orang.

Kali ini ia melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Canselor Tuanku Muhriz HCTM di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menurut pekeliling dikeluarkan HCTM dan dilihat Malaysiakini, pengarahnya, Dr Hanafiah Harunarashid berkata lelaki terbabit disahkan meninggal dunia malam tadi selepas dimasukkan ke situ pada 18 Mac lalu akibat batuk dan demam.

"Pesakit yang mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi ini didapati memerlukan bantuan pernafasan setelah keadaannya bertambah tenat," katanya.

Menurut Hanafiah kenyataan lanjut mengenai kes itu akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam laporan berkala beliau nanti.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan