Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu Tangguh dua bulan bayaran sewa


KUALA TERENGGANU:
Peniaga yang menyewa bangunan milik kerajaan dikecualikan bayaran sewa untuk bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk dua bulan bermula April depan.

Jelasnya, penangguhan bayaran sewaan kediaman selama dua bulan turut membabitkan penghuni yang mendiami rumah di Desa Keluarga Yayasan Pembangunan (YPKT).

“Peniaga yang menyewa premis milik Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) juga dikecualikan membayar sewa selama dua bulan iaitu untuk April dan Mei depan.

“Penangguhan selama dua bulan berkuat kuasa April depan itu juga turut membabitkan bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu (YT),” katanya melalui kenyataan media yang disiarkan melalui Facebook (FB), hari ini.

Ahmad Samsuri menjelaskan, pengecualian bayaran sewa kediaman, ruang niaga dan pinjaman pelajaran itu antara Pakej Rangsangan Cakna COVID-19 Fasa Dua bertujuan meringankan beban rakyat, berikutan Peraturan Kawalan Pergerakan, diumumkan kerajaan Selasa lalu.

Dalam perkembangan lain, Dr Ahmad Samsuri meminta seluruh masyarakat supaya mematuhi peraturan Peraturab Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasa.

Tegasnya, kehadiran anggota penguatkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan sekatan jalan raya serta rondaan bukannya bertujuan menyusahkan masyarakat, sebaliknya sebagai langkah kawalan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan