Header Ads

ads header

Flash News

KSN mohon maaf isu khilaf jemputan mesyuarat khas Covid-19


KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini memohon maaf berikutan kekhilafan isu jemputan untuk Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan, beliau bagi pihak urusetia mesyuarat memohon maaf di atas kekhilafan yang timbul berkaitan dengan jemputan yang hanya dikeluarkan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri dari parti komponen kerajaan Persekutuan.

“Bagi Negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, hanya Pengarah Pembangunan Negeri yang dijemput hadir,” katanya.

Jelasnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan agar semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput hadir tanpa ada sebarang pengecualian ke mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya petang tadi.

“Sekali lagi ditegaskan, bahawa Perdana Menteri memandang serius tentang perkara ini dan menyatakan pendirian jelas beliau untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negeri tanpa mengambil kira apa jua latar belakang parti politik khususnya berkaitan perkara yang menjadi kepentingan utama negara seperti wabak koronavirus (Covid-19),” katanya.

Zuki berkata, Muhyiddin juga telah mengeluarkan arahan supaya semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput hadir mesyuarat khas bagi menangani penularan Covid-19 pada masa akan datang.



MR :  Harap semua prihatin jangan perkara seperti ini berulang lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan