Header Ads

ads header

Flash News

Memang Mahathir dan PH kena Checkmate, dia ingat Agong bodoh...


MP Bukit Gantang, MP Sri Aman nafi sokong Dr M

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan menyokong Dr Mahathir Mohamad.

"Saya menafikannya," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa dia tidak pernah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong perdana menteri sementara itu.

Sebaliknya dia berkata, beliau telah menandatangani SD yang menyokong Muhyiddin Yassin.

Beliau turut memberikan gambarnya yang menyampaikan SD kepada Muhyiddin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Iklan

Difahamkan, gambar itu diambil pagi ini.



Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat (atas) tampil sebagai ahli parlimen kedua menafikan menyokong Mahathir.

"Saya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri," kata Masir.

Ini membawa jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Mahathir hingga 113.

Senarai asal yang dikongsi Mahathir sebelum ini, yang menyebut jumlahnya sebagai 114, tertinggal nama ahli Parlimen Hulu Selangor dari PKR, June Leow.

Senarai itu diperbetulkan pada jam 11.49 malam.

Mahathir berharap Agong akan dapat menerima surat yang disediakannya untuk menjelaskan sokongan terhadapnya.

Muhyiddin dijangka angkat sumpah pada jam 10.30 pagi hari ini.

MR :  Alhamdulillah seketa 2 musuh politik selama lebih 20 tahun bolelah tamat... Rakyat boleh hidup bahagia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan