Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin Tinjau Aktiviti Di Pasar Raya


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan aktiviti jualan dan pembelian di sebuah pasar raya besar di Seri Kembangan dekat sini sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari kelapan hari ini.

Muhyiddin tiba di premis berkenaan pada kira-kira 6 petang dan memulakan tinjauan ke bahagian keperluan harian seperti sayuran, bawang, ikan, ayam dan daging dan kemudiannya meninjau bahagian menjual gula, minyak masak dan beras.

Beliau turut bertanya kepada beberapa pelanggan sama ada barangan keperluan mencukupi.

Beberapa pelanggan juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas inisiatif dan langkah kerajaan dalam mendepani saat sukar berdepan wabak COVID-19.

Kunjungan Perdana Menteri itu mengundang rasa teruja pengunjung dan petugas pasar raya yang dilihat mengambil peluang mengambil gambar dan berswafoto dengan pemimpin negara itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan