Header Ads

ads header

Flash News

Pening fikir Dr Mahathir, Najib minta Panadol dua papan


KUALA LUMPUR, 8 Mac
— Datuk Seri Najib Razak hari ini “pening” setelah memikirkan ucapan tidak konsisten Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri dalam kemaskini Facebook mendakwa buntu memikirkan ucapan perdana menteri ketujuh sejak akhir-akhir ini menyebabkan beliau menjadi pening.

“Sendiri letak jawatan PM (Perdana Menteri), sendiri hendak jadi PM semula. Sendiri yang kata dia “OK” jika Muhyiddin jadi PM, sendiri bantah Muhyiddin jadi PM.

“Pening. Pening. Panadol dua papan!” usik Najib dalam hantaran yang turut mengepil video ucapan Dr Mahathir sewaktu menjawat Perdana Menteri Interim , 27 Februari lalu.

Menerusi video seminit, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan menyokong Muhyiddin sebagai PM jika wakil rakyat Pagoh mampu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Kiriman Najib mendapat sambutan di kalangan pengikut dengan 22,000 tanda suka selain 1,600 perkongsian dan lebih 2,597 komen.

Pengikut pula kebanyakan menjadikan slogan iklan ubat paracetamol terkenal iaitu “anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala” sebagai usikan terhadap hantaran Najib itu.

“Ada pula masa Datuk nak sakit kepala ya?” tulis Syahrul Sa’ad.

Selain itu, pengikut turut menyatakan faktor umur menyebabkan Dr Mahathir gagal mengingati kata-katanya sebelum ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan