Header Ads

ads header

Flash News

Penumpang bas JB ke Kuantan positif Covid-19, kata pejabat kesihatan


PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, penumpang itu menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya.

Keputusan itu kemudiannya didapati positif Covid-19, tetapi lelaki terbabit sudah menaiki bas ke Kuantan.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, pesakit terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan semalam.
Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Puluhan ribu orang balik ke kampung awal minggu ini walaupun pihak berkuasa merayu rakyat tidak keluar rumah ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat.



MR :  Ini akibat tak faham bas dan diver bas kena kuarantin


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan