Itali Rekod Kes Kematian 475 Orang Sehari
ROM – Jumlah kematian akibat koronavirus di Itali meningkat sebanyak 475 orang dalam tempoh sehari.
Ini menjadikan angka kematian disebabkan virus itu melonjak hampir 3,000 orang – kenaikan paling tinggi sejak penularan wabak itu.
Setakat ini sejumlah 35,713 jangkitan yang disahkan di negara ini dengan lebih 4,000 orang pulih.
Lombardy merupakan rantau yang paling teruk dijangkiti dengan wabak itu dengan 319 kes kematian sehari.
Rantau ini adalah kawasan paling teruk dijangkiti Covid-19 di luar China.
Covid-19 yang dikesan di China telah menyaksikan 8,758 kes kematian.
Kini direkodkan sebanyak 200,000 kes yang disahkan positif Covid-19 dengan 80% daripada berlaku di Eropah dan Pasific Barat termasuk Asia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – Agensi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan