Header Ads

ads header

Flash News

Kerana mereka degil nak.


"Mak nak pi keja ka?"

"Ya nak. Mak nak pi dah ni."

"Bila mak balik?"

"Taktau lagi. Bos kata balik mak balik la. Kalau ramai sangat kat hospital tu lagi susah mak nak balik."

"Makin ramai ka mak?"

"Ya nak. Tiap tiap hari ada kes baru."

"Kenapa macam tu mak?"

"Kerana mereka degil nak. Mereka takmau duduk rumah. Mereka nak keluar juga berjalan sana sini tanpa sebab. Mereka masih minum minum di kedai kopi. Mereka masih gigih nak balik kampung tanpa alasan munasabah. Mereka fikir mereka tak akan terjebak, mereka kebal, mereka redho dengan ketentuan tanpa sebarang ikhtiar, mereka pentingkan diri tanpa fikir orang yang berkerja macam mak."

"Baik mak. Nanti mak balik kita peluk lagi ya."

"Tak boleh nak. Nanti mak balik kita nak bersalam pun tak boleh. Mak kena kurung diri dalam bilik. Sampai mak yakin mak sihat baru kita peluk peluk ya."

"Baik mak. Kami di rumah tunggu mak. Ayah, abang, adik semua tunggu mak. Mak jangan lama lama sangat ya. Kami rindu mak."

Maka meliriklah mata anak itu melihat ibunya pergi. Pergi berjuang berjihad demi kesinambungan hidup sebahagian masyarakat yang pentingkan diri, hingga terabai kebahagiaan dan keselamatan anak anak sendiri. Entah bila balik pun taktau lagi, entah balik dengan sihat atau terjebak pun belum tentu lagi.

Kita ni, sedap sedap lagi ke shopping mall, sedap sedap bawa anak bini balik kampung, sedap sedap berkelah di tepi pantai. Kita ingat kita punya sedap ja. Mereka yang bermatian di barisan hadapan ni hanya bangkai. Tak penting langsung. Tak perlu fikir susah dia, tak perlu fikir sakit dia. Tapi kalau kita sakit, KITA CARI DIA.

#doakamibersamakalian

Kredit foto: Nina Mohamad
#semogasemuayangbertugasdidalampeliharaanAllahjua
#tkasihKKM





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan