Header Ads

ads header

Flash News

Tabligh ada original dan tak original ke?


Jangan terjebak dengan rantaian fitnah yang kononnya jemaah tabligh sedang buat ijtimak di Indonesia.

Jemaah tabligh "original" yang ber HQ di Sri Petaling & Nizamuddin India TIDAK mengadakan mana² perhimpunan selepas kes ijtimak 27 Februari - 1 March yang lepas.

Ijtimak di Indonesia tu di organise oleh "Tabligh Alami". Dia gunapakai nama tabligh jugak, tapi leader dia lain tak sama. HQ pun tak sama.

Macam Sunni & Syiah, mcm Christian Katholik & Protestant. Nampak sama tapi tak serupa. Masing² ada leader & HQ yang berlainan.

Jemaah tabligh ni dari dulu ada hater dia, so jangan terpedaya la weh dengan post² hater Tabligh yang nak memburuk²kan jemaah tabligh. Korang² IQ tinggi jangan jadi noob sangat terjebak pukul rata dengan jemaah tabligh original ni

Sama kes la macam ISIS, bila non Muslim kata umat islam ni penganas, ISIS... Tau pulak hangpa melenting... Tp bila kena kat jemaah tabligh ni, hangpa sama naik sebarkan & kalau tahu pun buat bodoh je tak perbetulkan fakta.

Amer (leader) Jemaah tabligh Malaysia & dunia mematuhi undang² kerajaan, follow nasihat kerajaan seperti yang kita sedia maklum.

Insiden di ijtimak tabligh lepas adalah dek kerana pada masa tersebut KKM sendiri ambil ringan bahaya virus Covid-19 ini dan langsung tidak melarang perhimpunan² besar. Refer post link di bawah untuk bebelan lanjut. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1342135355956655&id=100004806095555

Kesimpulannya jangan terjebak dgn fitnah akhir zaman, sebarkan kebencian & kesangsian pada jemaah dakwah yang tak bersalah.

Virus ni dah satu hal, fitnah berantai ni satu hal, imagine hang sebarkan fitnah berantai, then kena virus mati pulak tak sempat perbetulkan fitnah, 2 kali hal beb.

P/s: Ustaz Ebit Lew tu salah satu contoh jemaah tabligh "original". Hanya jauhari mengenal manikam. https://www.facebook.com/UstazEbitLew/
FB
Faizul Ezmin II
MR :  Entahlah... engkau suka berpecah belah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Yang mustahak macam mana kita semua mengambil keputusan sendiri nak menghapuskan wabak Covid-19. Masa ini bukan untuk menyalahkan sesiapa.

    BalasPadam