Header Ads

ads header

Flash News

Penumpang bas Plusliner JB-Kuantan digesa jalani ujian


Seorang penumpang yang menaiki bas Plusliner yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan pada Isnin lalu disyaki sebagai kemungkinan pembawa virus Covid-19.

Sehubungan itu, pegawai kesihatan Kuantan menasihati semua penumpang yang menaiki bas yang bertolak pada jam 7.45 petang dengan nombor pendaftaran VDJ 2367 supaya tampil membuat pemeriksaan saringan kesihatan.

Bas berkenaan berlepas dari stesen Larkin, Johor Bahru sdan menurunkan penumpang tersebut di Terminal Kuantan, Pahang .

Ketika dihubungi hari ini, seorang doktor dari pejabat kesihatan daerah Kuantan, yang enggan identitinya didedahkan, berkata perkara itu masih disiasat.

"Kami masih menyiasat kontak (mereka yang mungkin berhubungan dengan penumpang yang disyaki Covid-19 dalam perjalanan bas itu).

"Kami sedang cuba menghubungi mereka (penumpang dalam perjalanan bas itu) dan kami mendesak mereka supaya tampil," kata doktor berkenaan.

Bas itu berlepas beberapa jam sebelum Putrajaya mengumumkan larangan perjalanan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut gazet persekutuan, perjalanan yang tidak penting adalah tidak dibenarkan. Sesiapa yang melanggar perintah itu boleh didenda sehingga RM1,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan