Perletakan Jawatan Tidak Akan Memadamkan Dosa Tommy Thomas
Sedang negara dilanda kemelut politik, Tommy Thomas secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Peguam Negara (BACA DI SINI).
Tommy Thomas tidak memberikan sebarang alasan mengapa beliau secara tiba-tiba meletakkan jawatan sedangkan kontrak beliau hanya akan tamat pada Jun 2020.
Tommy Thomas Menjadi Peguam Negara Yang Paling Banyak Mencabul Kedaulatan Undang Undang
Sebagai Peguam Negara, tugas dan tanggungjawab Tommy Thomas adalah untuk memastikan Kedaulatan Undang Undang di Malaysia dilaksanakan sepenuhnya namun beliau telah bertindak sebaliknya
epanjang menjawat jawatan Peguam Negara, Tommy Thomas kerap menyalahgunakan kuasa beliau untuk meruntuhkan institusi perundangan negara.
Berikut beberapa keputusan Tommy Thomas yang bertentangan dengan Kedaulatan Undang Undang :
Kes Mahkamah Yang Di Tarik Balik
1) Hassan Karim (Pasir Gudang)
2) Thomas Su Keong Siong (Kampar)
3) R Sivarasa (Sg. Buloh)
4) N Surendran (ex Padang Serai)
5) Syarul Ema Rena Abu Samah (Ratu Naga)
6) Zulkiflee Anwar Haque (Zunar)
7) Sim Tze Tzin (Bayan Baru)
8) Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya)
9) Mandeep Singh (BERSIH)
10) Eric Paulsen (Peguam pro PH)
11) S Arutchelvan (PSM)
12) Datuk Tamrin Ghafar (pro PH)
Mereka telah didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Perhimpunan Aman, namun oleh kerana mereka adalah penyokong tegar Pakatan Harapan atau ahli politik DAP, maka Tommy Thomas telah membatalkan kes mereka yang sedang berjalan di mahkamah (BACA DI SINI), (DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).
Kes Hina Raja Raja Melayu
1) Khalid Mohd. Ismath
Pada 9 Oktober 2015, Khalid didakwa memuat naik 3 komen berasingan yang mengandungi perkataan menghasut dan menghina Sultan Johor di Facebook berkaitan solidariti bagi peguam, Kamal Hisham Jaa’far.
Namun oleh kerana Khalid ialah seorang aktivis yang pro Pakatan Harapan, maka Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya kes ditarik balik (BACA DI SINI).
Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa
1) Lim Guan Eng dan Phang Li Koon
2) Mohd. Shafie Apdal
Kes banglo terlajak murah Lim Guan Eng dan Phang Li Koon adalah kes yang menjadi keutamaan Tommy Thomas untuk digugurkan setelah dilantik sebagai Peguam Negara, walau pun ketika itu kes sudah berjalan di mahkamah dan beberapa saksi pendakwaan sudah dipanggil
Sebabnya mudah, untuk bersihkan nama Lim Guan Eng dan memberi laluan kepada Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan supaya Lim Guan Eng dan DAP dapat menjarah harta negara seperti yang telah mereka lakukan selama 22 bulan berkuasa (BACA DI SINI).
Begitu juga dengan kes rasuah dan salahguna kuasa Mohd Shafie Apdal ketika beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang melibatkan penyelewengan bernilai RM1.5 bilion (BACA DI SINI).
Kes Sokongan Terhadap Pengganas LTTE
1) G. Saminathan (ADUN dan EXCO Melaka)
2) P. Gunasekaran (ADUN Seremban Jaya)
2 orang ADUN dari Melaka dan Seremban Jaya adalah antara 12 individu yang didakwa kerana memberikan sokongan kepada pengganas LTTE.
Namun dengan alasan yang tidak munasabah, Tommy Thomas telah menarik balik pertuduhan ke atas mereka, walau pun pihak PDRM telah melengkapkan siasatan serta menyertakan bukti yang kukuh atas pendakwaan mereka (BACA DI SINI).
Apa yang telah dilakukan oleh Tommy Thomas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Konsep Kedaulatan Undang Undang dinyatakan dengan jelas dalam Rukun Negara.
Tiada siapa yang boleh terlepas sekiranys mencabul undang undang negara, apa lagi seorang Peguam Negara.
Tiada siapa berada di atas undang undang.
Perletakan jawatan sebagai Peguam Negara tidak akan membersihkan kesalahan yang telah beliau lakukan!!!
Sumber : https://theunspinners.blogspot.com
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Ini sosok pertama yang patut didakwa di mahkamah.
BalasPadamSebelum siap senarai nama menteri yg baru ni kita harus pastikan lahanat ni kekal didalam Negara.
Hutang darah harus dibayar..