Header Ads

ads header

Flash News

Warkah Mujahid : 'Khianat' vs 'Muntah'



1. Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada warkah Mujahid yang disiarkan dalam media hari ini.. Saya hanya temui perkataan MUNTAH sebagai menepati fe'el tingkah laku beliau.


Ini adalah di antara warkah Mujahid Yusof Rawa yang telah di'modified' untuk menjawab balik kenyataan beliau. Hanya perlu tukar beberapa patah perkataan dalam warkah Mujahid ini, segala dakwaan beliau terjawab.

Ini warkah Mujahid :
https://www.sinarharian.com.my/article/72304/KHAS/Pendapat/Saya-hanya-temui-perkataan-khianat-Mujahid
Ini pula warkah selepas di 'modified' :

1. Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada warkah Mujahid yang disiarkan dalam media hari ini.. Saya hanya temui perkataan MUNTAH sebagai menepati fe'el tingkah laku beliau.

2. Mungkin kasar bunyinya tetapi tiada yang lebih tepat digambarkan ke atas kerakusan serta auta DAP-PH yang mengundang kepada jatuhnya kerajaan PH.

3. Kerakusan DAP-PH bertopengkan agama dan bangsa walaupun hakikatnya ia adalah kedengkian dan syahwat kuasa tidak sabar mahu Mahathir letakkan jawatan dan serahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim. Kehadiran DAP-PH bukannya menyelamatkan Malaysia dari kancah rasuah dan salah guna kuasa kerana DAP-PH sendiri terpalit dengannya. Kes skandal banglo terlajak murah yang sedang berjalan dalam mahkamah tiba-tiba digugurkan. Malah, Mahathir dan SPRM sendiri terkejut dengan tindakan Jabatan Peguam Negara itu.

4. Kegagalan pemimpin-pemimpin tertinggi DAP-PH untuk mengawal dan mentadbir parti masing-masing serta tamak kuasa mendesak Mahathir letak jawatan telah menyebabkan rumah PH hilang, hancur dan tiada pintu depan atau belakang lagi.

5. Parti Islam yang singkatannya PAS pula terpaksa masuk campur untuk membendung nafsu kuasa DAP-PH yang telah mengkhianati mandat rakyat. 'Demi Islam' katanya yang memang sebenarnya 'Demi Islam!' Bersemburanlah nanti ayat sour grape dan memualkan untuk mempertahankan kebangangan tingkah laku DAP-PH.

6. Rakyat bingung apabila DAP-PH telah mengkhianati mandat yang diamanahkan kepada PH. Mereka tidak mengundi atas kaum atau agama, mereka mengundi atas segala janji yang telah ditaburkan oleh DAP-PH! BN tersungkur dek fitnah, janji-janji palsu dan sikap hipokrit munafik pemimpin-pemimpin DAP-PH. Bukan sahaja rakyat bingung tetapi marah dan geram dengan auta DAP-PH.

7. Tektik fitnah dan janji-janji palsu tidak mungkin berakhir dengan penghujung yang gembira. Setiap janji palsu akan dibalas dengan perasaan bersalah, tidak ketentuan dan kepuraan. Kesannya kepada orang awam lebih besar, tiada stabiliti, sentiasa dikecam dan akan menerima tulahan rakyat.

8. DAP-PH gagal sejak 22 Bulan pemerintahannya dengan auta dan ketidakmampuan kabinetnya bekerja.. Fitnah DAP-PH dijawab dan meniti dibibir sepantas medsos yang bertularan. Kita jawab dengan hujah serta menegur dasar-dasar DAP-PH yang auta dan barisan kabinet yang bergelut dengan masaalah clowns and jokers.

9. DAP-PH gagal memenuhi mandat rakyat dan mendapat mandat secara 'anak luar nikah' di pentas pertandingan. DAP-PH masuk dengan auta dan janji-janji palsu. Kerakusan puak DAP-PH tidak berakhir dengan fitnah, mereka terus merempuh masuk mendesak Mahathir letak jawatan walaupun dengan cara menipu!

10. Ada orang jual barang sekali rugi sekali untung, ada orang jual maruah walau nampak untung tetapi sebenarnya dia rugi kerana nilainya sangat murah di sisi manusia yang memandangnya! Puak DAP-PH tidak terkecuali dari prinsip ini.

11. Khianat pada diri sendiri adalah pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh Allah dan RasulNya. Mandat Rakyat adalah amanah yang dituntut oleh Allah dan RasulNya untuk dipelihara dan dipertahankan. Malangnya, DAP-PH telah mengencing sampai rakyat basah lencun tapi DAP-PH tidak insaf.

Dr. MiM


MR :  Aku lihat muka dia pun ada rasa loya...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan