Header Ads

ads header

Flash News

PKR jagalah diri sendiri daripada menyibuk pasal PN


PN bakal berdepan kemelut komunikasi lebih parah, ramal PKR

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berpandangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan cabaran komunikasi yang lebih hebat berbanding PH.

Hal itu, katanya, dapat dilihat daripada beberapa perkembangan yang berlaku sehari dua ini.

“Cabaran yang dihadapi PH tempoh hari (semasa menjadi kerajaan) berkenaan dengan komunikasi, kali ini akan bertambah mencabar (untuk PN).

“Semalam (kelmarin) kita lihat menteri alam sekitar memberikan pendirian yang agak ganjil tentang isu pembalakan.

“Jadi, adakah trend ini akan berterusan?” katanya kepada Malaysiakini.

Fahmi merujuk laporan Malaysiakini semalam yang memaparkan Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertahankan kegiatan pembalakan di Kelantan yang menerima kritikan banyak pihak.

Kata Tuan Ibrahim, berbeza daripada negeri lain, pembalak di Kelantan mendapat sijil Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan kritikan itu sebahagiannya hanyalah kerana sentimen memandangkan Kelantan merupakan negeri sebelum ini pembangkang.

Jangan tukar nakhoda
Namun, Tuan Ibrahim turut menyatakan soal menangani isu pembalakan akan tetap dilihat secara serius.

Kata Fahmi, isu-isu berkaitan komunikasi seperti itu akan membantutkan pentadbiran PN yang baru terbentuk dua hari lalu.

“Saya rasa hal-hal seperti itu yang bagi saya akan menyebabkan pergerakan pentadbiran ini agak terencat, agak terganggu.

“Kalau sebelum ini ada disebut: Jangan tukar nakhoda di tengah pelayaran.

“Haa.. inilah yang sebenarnya telah dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam pembentukan kerajaan dan kabinet pintu belakang,” kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu lagi.

Seperti kata Fahmi, sepanjang kira-kira 22 bulan pemerintahan PH, menteri-menterinya juga berdepan kritikan dalam komunikasi mereka.

Hal itu pernah diakui oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang pada November lalu yang menyatakan kelemahan kerajaan PH yang diketuainya adalah dari sudut komunikasi.


MR :  Sebagai pembangkang fokus kepada komen kebaikan rakyat bukan menyibuk kedudukan menteri layak atau tidak layak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan