Header Ads

ads header

Flash News

PM Britain positif Covid-19


LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin, tetapi beliau akan terus mengetuai respons kerajaan untuk menangani penularan virus itu.

“Dalam 24 jam lalu, saya mengalami gejala ringan dan disahkan positif koronavirus.

“Saya sedang mengasingkan diri, tetapi saya akan terus mengetuai respons kerajaan melalui persidangan video ketika melawan virus ini,” kata Johnson.

Seorang jurucakap kerajaan berkata, Johnson, 55, mengalami gejala ringan pada Khamis – sehari selepas beliau menyertai sesi soal jawab mingguan perdana menteri di House of Commons.

“Perdana menteri diuji untuk koronavirus atas nasihat peribadi Ketua Pegawai Perubatan England, Prof Chris Whitty.”

Jurucakap itu berkata, ujian itu dijalankan di 10 Downing Street oleh kakitangan NHS dan hasilnya positif.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Di china dalam jangkawaktu dari febuari hingga pertengahan march 2020 telah didapati lebih 21juta pengguna talian telepon mudah telah tertamat tempoh samada yang bersifat prepaid dan postpaid.
    Ini menjelaskan kejatuhan mendadak penggunaan talian telefon mudah alih di negara china menurut sumber yang berkait me-monitor tahap dan kadar penggunaan talian mudah alih dan data di serata dunia.
    Menurut laporan itu lagi yang disiarkan agensi berita utama dunia termasuk China Insider dan CNA, ianya menunjukkan kadar penurunan yang sangat luarbiasa terutama bilamana sesebuah negara sedang mengalami bencana dimana mendapatkan matlumat terkini melalui kemudahan alatan mudah alih adalah sangat diperlukan.

    ♡ Secara pikir aku la, ianya berlaku disebabkan samada:
    1. Penggunanya sudah tiada duit nak buat topup atau bayar bil dan tempoh grace period 50 hari pun tamat maka nombor tu pun retired la.
    2. Handphone dia orang rosak, dan mereka tak boleh repair atau beli baru.
    3. Mereka tu telah merasa malas nak guna handphone lalu membiarkan nombor tu di-retiredkan oleh service provider.
    4. Terdapat pengurangan jumlah individu disana yg menggunankan jumlah talian lebih dari satu.
    5. Pemilik ekaun tersebut sudah tiada lagi samada di china kerana migrate.
    6. Pemilik ekaun tersebut sudah tiada lagi didunia ini buat selama2nya.

    Peace.

    BalasPadam