Header Ads

ads header

Flash News

Surat Terbuka Kepada penyokong PH & Red Bean


Kepada penyokong PH & Red Bean yg ada dimana jua ada berada..baca dan hadam tulisan aku ni..ni pendapat aku apa yg terjadi masa Goverment Formation Deadlock ari tu..lepas ni jangan sibuk nak tuding dekat TGHH ke,Muhyidin ke,Zahid ke,atau sapa² je la..jangan tak baca lahanat,pengantin baru...

1) Sebelum nak tuduh Muafakat Nasional,tolong tanya pada diri korang,kenapa atok letak jawatan? Kalau betul dia nak serah kuasa pada DSAI,dia tak perlu letak jawatan pun. Dia dah bagi komitmen,jawatan akan di serahkan selepas APEC.

2) tapi sehari selepas PH Presidential meeting,atok terus letak jawatan..12 jam pertama,negara huru hara ko tau tak hanat? Mamak yg dtg dari new delhi tu pun pening kepala dengan tindakan atok. Persoalan ini menjadi tanda tanya pada setiap warga negara. Dan drama samarenda bermula di sini.

3) DSAI,LGE,Nipa tak semenggah,Mat Sabu dan kesemua pemimpin PH mula pujuk atok untuk jangan letak jawatan. Alasan atok? Nak buat unity goverment..piiirrraaahhh dengan unity goverment dia..then, bila YDPA minta dewan rakyat untuk hantar 1 nama yg mungkin mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat, PH ni punya bijak tahap cipan, boleh suggest nama DSAI..oiii, kalo PH tetap dengan pendirian untuk sokong atok, PH masih lagi menjadi kerajaan hari ni la ngokkk. Punya bingai lah DSAI ni,dia masih tak faham dengan atok punya game.

4) Ingat!! Tak sampai selepas 24 jam atok letak jawatan, Bersatu keluar dari PH..kalau atok tu betul nak dalam PH, dia takkan bawa Bersatu keluar PH la..ko ingat senang² ke TSM nak bawa keluar Bersatu kalau takde restu dari atok..kena plak, blok Azmin keluar PKR..lagi meroyan macam lepas bersalin la puak² PH ni..

5) Bila PH dah mula rasa terperangkap, baru la u-turn balik untuk sokong atok..baru la nak mengadap cium tangan,buat muka 20 sen zaitun calonkan balik atok tu..sebelum YDPA umum titah di-raja,masing² husnuzon tahap dewata raya. "kita kena taat setia dengan apa sahaja keputusan Agong". Banyak la korang punya taat. Bila YDPA perkenan TSM,mula la nak lawan..kejap 112,kejap 114..Titah dah keluar dah,ko ada 1200 kerusi pun tak guna..tu memang kuasa mutlak YDPA..yg korang pergi menggatal ketum hantar nama DSAI masa first tu buat apa..please la, kepada penyokong PH,korang nasihatkan la YB korang tu..stop this non sense..rakyat dah berbulu mata tengok..

6) PH kena berlapang dada. terlalu banyak isu yang rakyat persoalkan. Kenang balik bila BN kalah masa pru14. Apa yg pemimpin BN buat? Ada berguling atas jalan? Ada buat demonstrasi? Ada buat huru hara? Takde bai..takde!!! Jawapan BN pada kekalahan pru14? ' Kami akan menjadi pembangkang yang baik dalam dewan rakyat'. Tu jawapan parti yang kalah selepas 60 tahun memerintah..ko bandingkan lah jawapan PH yg baru 22 bulan memerintah..jauh panggang dari api..

7) kesimpulan nya, rakyat dah mula menyampah..tapi aku bersyukur pada Allah sebab bagi pinjam sekejap kuasa tu pada PH. Baru rakyat nampak kerosakan yg berlaku kat Malaysia ni..isu LGBT, Tabung Haji, LTTE, S.I.S, G25, Isu orang melayu dan banyak lagi..oh ye, untuk korang yang bengap keladi, S.I.S ngan G25 tu dah di fatwakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan..puak² tu la yg Mujahid back up..

8) Sudah² la tu nak salahkan Muafakat Nasional..Bila PH menang masa pru14,korang suruh rakyat bagi peluang untuk PH memerintah. Sekarang ni korang pulak kena bagi peluang pada TSM dan Muafakat Nasional untuk touch up balik pemerintahan sebelum ni. Korang tak nak ke Ulamak jadi menteri? Korang tak nak ke orang yang hafal 30 juzuk Al-quran jadi pemimpin negara ni? Tepuk dada tanya selera.....

Panglima Utara
Rosdi Hassan


MR :  Selepas ni mereka juga akan menggangur mengikut boss mereka..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. PM Muhyiddin nak selamatkan negara..

    BalasPadam
  2. Terbaek la bercerita..penulis ni mmg cekap dan pandai..tp syg xde adab..xpe la mungkin bukan bangsa melayu kot

    BalasPadam