Header Ads

Header ADS

Tahniah SS Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri


MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.

Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.

Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.

.....

Tahniah SS Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas perlantikan sebagai Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri. 


Berita gembira buat kita dan sedih jua sekiranya beliau meninggalkan Wilayah Persekutuan yang sudah sinonim dengan beliau. Seorang tokoh yang disenangi ramai kerana akhlak dan buah bicaranya.


Semoga Allah memelihara beliau, memberi kekuatan dan tawfiq kepada beliau untuk terus berkhidmat untuk agama, umat dan negara yang tercinta.

سيروا على بركة الله صاحب السماحة

-Dr. Kamilin Jamilin-


---


Tahniah juga kepada Timbalan Menteri Agama Al Fadhil Ust Ahmad Marzuk Shaary yang sedang berlajar PhD Islamic History and Civilization di University of Malaya


MR :  Orang yang mendamai orang-orang yang berada dalam jamaah islam yang berbilang.. Jawapan kepada isu semasa termasuk isu rakyat mendamaikan jauh berbanding dengan bekas menteri agama yang merosokkan agama!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Terbaik dan kena pada tempatnya....semoga perlantikan ini menepati konsep rahmatan lil aalamin

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.