Header Ads

ads header

Flash News

Tuan Ibrahim Tuan Man: Dari ulama dihormati ke kabinet


KOTA BHARU: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air.

Timbalan Presiden PAS yang dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang, itu mula bergiat aktif dalam politik apabila bertanding Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zainal Hassan.

Bekas penasihat Pusat Pungutan Zakat Pahang itu dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS pada sesi 2019-2021 dan juga memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang sejak 2004 sehingga sekarang.

Pada PRU14, Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu bertanding bagi kerusi Parlimen Kubang Kerian dan menewaskan calon BN, Datuk Seri Muhammad Abd Ghani dan Datuk Dr Abdul Halim Yusof (Pakatan Harapan).

Tuan Ibrahim yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Jabatan dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Dakwah dan Kepimpinan di UKM pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak.

-- BERNAMA



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan