Header Ads

ads header

Flash News

Tuduh Zahid pendakwaan politik atau bukan? Tanya Syed Saddiq


Pemuda Bersatu (Armada) dilihat mula menekan presidennya Muhyiddin Yassin yang kini memimpin gabungan baru politik, termasuk dengan dengan Umno.

Armada, pimpinan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman, hari ini menuntut pendirian Muhyiddin berkaitan kenyataan terkini Presiden Umno Zahid Hamidi.

“Adakah Tan Sri bersetuju bahawa pendakwaan terhadap Zahid Hamidi adalah pendakwaan politik dan terpilih?

“Bukankah akar umbi dan ahli telah berhempas pulas memastikan salah laku Zahid Hamidi dibawa ke pengadilan atas prinsip ketelusan dan maslahah ammah (kepentingan umum)?” soal pergerakan itu.

Zahid hari ini antaranya berkata pertuduhan rasuah terhadapnya adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.

Syed Saddiq antara pemimpin parti itu yang memberontak terhadap keputusan Bersatu untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bukankah Sadiq sudah dipecat dari armada ? Jika benar, dia tidak berhak bercakap bagi pihak armada.

    Jika pemimpin-pemimpin UMNO diseret ke mahkamah tetapi pemimpin PH dibebaskan dari pendakwaan di mahkamah , maka sudah jelas dakwaan ke atas pemimpin UMNO bermotifkan politik.

    BalasPadam